in

“Saya dah cuba…” – [VIDEO] [VIDEO] Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Netizen Tetap Bangga Dengan Farah Ann

Ft Farah Ann Nangis Olimpik 2020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Linangan air mata ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi ketika ditemu ramah oleh wartawan mengundang sebak rakyat Malaysia. Rakaman video temu ramah itu kini viral di media sosial dan Farah, 27, dilihat tidak dapat menahan sebak kerana gagal ke pusingan akhir acara individu all around di Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Farah menamatkan aksinya pada pusingan kelayakan keempat di kedudukan ke-53 keseluruhan, semalam. Menurut Berita Harian, selepas mengharungi empat aparatus, Farah yang pertama kali beraksi di pentas Olimpik mengumpul keseluruhan 48.565 mata.

Farah6

 

“Saya dah bagi segala-galanya yang saya boleh bagi…”

Meskipun tidak dapat beraksi di pentas final, Farah akui berpuas hati dengan prestasi yang dipersembahkannya. Dia yang ditemu ramah bagaimanapun tidak dapat menahan sebak kerana agak kecewa dengan persembahan pembukaannya.

Melalui video itu Farah berkata dia bersyukur dapat beraksi untuk Sukan Olimpik mewakili Malaysia dan telah pun berikan yang terbaik meskipun ‘landing’ dilakukan kurang memuaskan.

Saya rasa okay tapi landing jela, tak landing dengan bagus sangat. Tapi saya… (Farah dilihat tidak dapat menahan sebak).”

Farah1

Farah kemudian terhenti seketika selama beberapa saat sebelum meneruskan kata-kata ketika ditemu ramah wartawan Astro Arena.

Saya sangat bersyukur saya dapat compete kat sini (Olimpik) hari ini dan saya betul-betul dah bagi segala-galanya yang saya boleh bagi.”

Saya berpuas hati dengan persembahan saya.”

Sedutan video itu diambil daripada laporan Astro Arena yang dimuat naik di Youtube di mana ia telah mendapat perhatian serta menjadi video ke-6 trending di platfrom tersebut.

Saya memang mahu cuba yang terbaik dalam pertandingan. Walaupun terjatuh saya ambil itu sebagai cabaran.”

 

“Layak ke Olimpik itu pun dah cukup membanggakan” – Netizen

Video tersebut telah mengundang sebak ramai netizen di media sosial kerana tidak dapat membayangkan kesedihan serta kekecewaan dirasai Farah sendiri.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Farah dan rata-ratanya setuju bahawa pencapaian Farah yang berjaya ke Sukan Olimpik 2020 itu pun sudah cukup membanggakan semua orang.

Antara komen netizen,

“The moment u were qualified to bring the name of our country to be an olympian was enough already to make the M’sians proud! Way to go Farah Ann!”

“Tak mengapa Farah Ann, kamu sudah buat kami cukup bangga.”

“Dapat bertanding di pentas Olimpik itu pun dah dikira pencapaian yang hebat.”

Baca: Diundi Menentang Israel, Atlet Algeria Ini Nekad Tarik Diri Dari Sukan Olimpik Tokyo 2020

2Judo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.