in

Pasukan Bola Terperangkap Dalam Gua di Thailand Dapat Jumpa Zlatan Ibrahimovic!

Thai Soccer Zlatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat dengan mereka? 12 remaja yang terperangkap bersama jurulatih di dalam gua Tham Luang di Thailand. Selepas 17 hari operasi menyelamat dijalankan, pasukan bola sepak ini berjaya diselamatkan pada 10 Julai 2018.


Thai Soccer Team
sumber: blog
Gua Tham Lang
sumber: astro awani

Beberapa hari lalu, pasukan ini telah diterbangkan ke Los Angeles untuk hadiri rancangan popular, The Ellen Show. Bukan tu je, dorang dapat jumpa bintang bola sepak, Zlatan Ibrahimovic!

Soccer Thai Zlatan
sumber: twitter

Pengacara rancangan tu, Ellen DeGeneres pun ada tweet gambar dorang tanda berbesar hati dan tertarik dengan kisah mereka yang berlaku beberapa bulan lalu.

“Tiada kisah lain yang lebih menarik pada musim panas ini selain (kisah) pasukan bola sepak Thai yang terperangkap di dalam gua. Isnin lalu.”

Bukan setakat memenuhi jemputan rancangan televisyen tu, tapi pasukan bola Wild Boars juga membuat penampilan dan diberi penghormatan oleh Los Angeles FC di Stadium Banc. Waahhhh!

Thai Lafc1

Thai Lafc2
sumber: twitter
Thai Lafc
sumber: twitter

Menurut mStar, pihak berkuasa sebelum ini meminta supaya mereka dihormati selepas mengalami detik hitam itu dan kerajaan Thai juga ada tubuhkan satu jawatankuasa untuk pantau sebarang projek serta mengawal akses media terhadap pasukan Wild Boars.

Bagaimanapun, lepas buat tour ke USA dan Argentina, mereka mula mendapat publisiti dari media seluruh dunia. Pada 7 Oktober, telah berlangsung perlawanan persahabatan di Buenos Aires, antara Wild Boars dan River Plate, pasukan bola sepak remaja Argentina.

Thai Argenti

Thai Arg
sumber: cnn
Thai Argentina
sumber: twp

Bestnya dapat jumpa Zlatan! 

Baca: Syukur Ada Mangsa Gua Pandai Berbahasa Inggeris!

Mangsa Inggeris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.