in

“Pasti dia dapat hukum karma” – Lelaki Berang Anjing Kesayangan Dibakar Oleh Jiran Psiko

000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenapa manusia sanggup berlaku kejam terhadap haiwan? Meskipun haiwan-haiwan ini tidak mampu berbicara, namun mereka tetap mempunyai perasaan dan tidak layak diperlakukan dengan sesuka hati manusia.

Baru-baru ini, tular kisah sedih mengenai seekor anjing dari Jimbaran, Bali yang telah dibakar oleh jiran tuannya sendiri pada Khamis lalu (7 Disember 2017), lapor Coconuts.


Menurut pemilik anjing bernama Pino ini, Made Putra Wahyuda, 19, dia mendakwa telah menyelamatkan Pino disaat haiwan tersebut hampir-hampir ditembak menggunakan senapang angin oleh jirannya yang psiko. Pada ketika itu, anjingnya kelihatan sangat menyedihkan dengan kesan bulu yang tercarik dan kemerah-merahan serta kulit yang cedera akibat terbakar.

Bakar 2
sumber: kumparan

Pun begitu, Wahyuda tidak mahu membawa kes itu kepada pihak polis. Sebaliknya, dia memilih untuk menyebarkan perkara yang menimpa haiwan kesayangannya itu menerusi risalah kepada orang awam mengenai kesalahan berlaku kejam terhadap haiwan.

Namun sesuatu yang mengejutkan telah berlaku di mana risalah yang ditampal pada tempat-tempat awam telah dicabut, dibakar dan sengaja dirosakkan dengan niat tidak baik.

“Petang kelmarin sekitar jam 5, saya bersama dua adik memasang pamphlet di sekitar kawasan perumahan agar orang awam yang mempunyai haiwan peliharaan berhati-hati. 

“Setelah memasang pamphlet, kami pulang ke rumah. Kemudian sekitar jam 7.30 malam, dia (Wahyuda) keluar melihat pamphlet yang telah ditampal itu sudah pun dalam keadaan rosak,” kata Astiti Wahyuni, adik beradik Wahyuda kepada Kumparan.

sumber: kumparan
Pino Flyer Burned
sumber: kumparan
sumber: kumparan

Selepas apa yang menimpa, Astiti dan keluarganya masih tidak mahu membuat laporan polis. Mereka kurang yakin dengan apa yang boleh dilakukan pihak bertanggungjawab serta percaya bahawa setiap perlakuan pasti ada balasan karma. Alahai…

“Ya biarkan saja, kami orang Hindu percaya hukum karma. Nanti pasti dia (pelaku) dapat hukum karma dan semoga sedar diri akan kesalahannya. Percaya saja, biar Tuhan yang membalasnya,” kata Astiti lagi.

Pino After Burned
sumber: kumparan

Berikutan tularnya isu ini di laman sosial Bali, Setiausaha Garda Satwa Indonesia, Anisa Ratna Kurnia memberitahu bahawa suspek yang melakukan perkara terkutuk ini semestinya seorang yang kurang rasa kasihan, meskipun terhadap haiwan.

“Orang yang sanggup membakar sesuatu yang hidup itu adalah salah satu tanda psikopat (orang yang mengalami masalah psikologi),” katanya. 

Apalah salah anjing tu sampai nak bakar bagai? Tak ada rasa kesian ke? Memang sahlah yang buat kerja ni orang gila agaknya. 

Baca: “Aku nampak dua tangan yang menyeksa anjing tu dan sengaja merakam dengan tujuan nak viralkan!” 

Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.