in

“Pasti ada hikmah yang Allah sudah atur” – AG Coco Minta Orang Ramai Beri Noh Salleh Ruang

Ag Coco

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial apabila vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengesahkan penceraiannya dengan aktivis kemanusiaan, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina.



Mereka berdua sudah membina masjid bersama selama 11 tahun, dan semalam kedua-dua pasangan selebriti itu mengumumkan perpisahan mereka menerusi laman Instagram dan dalam laporan Kosmo!, mereka dikatakan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.

“Tolong banyakkan berdoa untuk kami terutamanya dalam tempoh Iddah ini, kami menghargai semua orang untuk menghormati privasi kami, dan selaras dengan Surah Al Hujurat ayat 12, untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu tentang kami untuk mengelakkan fitnah.

Doa anda adalah yang kami perlukan.” tulisnya. 

Dalam masa yang sama, AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz yang merupakan komposer dan gitaris kumpulan Hujan meminta agar orang ramai memberi ruang kepada Noh Salleh.

“Untuk Noh, apa juga terjadi, awak perlu tahu saya dan rakan lain sentiasa bersama. Kami membesar dan berjuang bersama dalam arena muzik.

Jadi, tidak kisahlah apa juga pancaroba berlaku atau kita terpisah jauh, keutuhan persahabatan sebati dalam diri kita.

“Kita sudah lama kenal hati budi dan jiwa masing-masing. Lalu, apapun terjadi, pasti ada hikmah yang Allah sudah atur,” katanya menerusi Berita Harian.

Selain itu, AG Coco juga berkata apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka itu seharusnya dijadikan contoh untuk memperbaiki diri kita sendiri.

Gitaris kumpulan itu juga berharap orang ramai sentiasa mendoakan kedua-dua rakan selebritinya itu.

Ada hikmahnya…

Baca: Mizz Nina & Noh Hujan Dah 3 Bulan Ambil Anak Angkat, Anggap Musa Anugerah Terindah

Page Mizz Nina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.