in

Mizz Nina & Noh Hujan Dah 3 Bulan Ambil Anak Angkat, Anggap Musa Anugerah Terindah

Page Mizz Nina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai je yang tahu tentang cerita penghijrahan selebriti tanah air, Mizz Nina yang mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama sejak mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.


Penghijrannya itu juga memberi impak yang besar kepada orang ramai malah ada juga yang menjadikan kisah kehidupannya sebagai inspirasi untuk memperbaiki diri.

Melalui satu posting yang dibuat oleh Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman di akaun Instagramnya @officialmizznina, dia telah kongsikan satu berita gembira kepada umum!

“Dah 3 bulan dengan baby Musa”

Ternyata, perkongsian itu dibuat untuk menceritakan tentang momen-momen dirinya dan juga Noh yang telah bergelar ibu bapa selepas menerima anak angkat yang diberi nama Musa sejak 3 bulan lalu.

“Kami bersyukur kepada Allah atas nikmat yang indah ni dan doa jadi kenyataan. Saya dengan selamat boleh katakan Musa adalah mahram saya sekarang” – Mizz Nina

Ujarnya lagi, dia mengatakan ianya anugerah yang terindah kerana segala usahanya bersama Noh untuk menimang cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga pada 2011 dibalas dengan proses yang mudah untuk Musa.

Perkongsian itu nyata telah mendapat komen-komen yang positif dari rakan-rakan selebriti yang turut gembira dengan berita yang dikongsikan oleh Mizz Nina. Tu kurang juga dengan ucapan tahniah dari netizen.

Full

Tahniah Mizz Nina dan juga Noh! Semoga dimudahkan segala urusan dalam membesarkan Musa… Jadi anak yang soleh ya!

Baca: “Nikah dengan artis juga tau bukan lebai ustaz” – Netizen Imbas Semula Kisah Penghijrahan Mizz Nina, Tanpa Kontroversi

Untitled 2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.