in

Pasangan Tidak Sengaja Gugurkan Bayi Lelaki di Klinik Haram, Kini Sudah Tidak Boleh Mengandung

Gugur Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Secara tradisional, masyarakat China lebih menghargai dan menginginkan anak lelaki daripada anak perempuan. Disebabkan mereka kini sudah bebas daripada polisi satu anak, lebih ramai pasangan sangat mengambil berat tentang jantina anak mereka yang belum dilahirkan. Perkara itu membuatkan kerajaan melarang doktor dari mendedahkan jantina anak.


China
sumber: youtube

Oleh kerana tidak dapat memeriksa jantina anak, pasangan dari Zhejiang ini telah pergi mendapatkan bantuan daripada ‘klinik’ lain. Menurut World of Buzz, pasangan itu beria-ia mahu tahu jantina bayi yang dikandungkan namun ianya berakhir dengan akibat yang sangat buruk.

Pasangan itu sudahpun mempunyai dua anak perempuan dan sangat menginginkan anak lelaki, jadi apabila si isteri disahkan hamil, mereka menjadi terlalu gembira.

Disebabkan ingin tahu sama ada anak yang dikandungkan itu adalah lelaki, mereka membuat keputusan untuk pergi ke klinik haram dan meminta ‘doktor’ di sana untuk memeriksa jantina anak mereka.

Gugur 4
sumber: wob

Difahamkan, seorang rakan telah mencadangkan sebuah klinik kepada pasangan itu dan malah turut memberitahu mereka bahawa klinik di situ sudah beroperasi selama 10 tahun dengan rekod prestasi yang memberangsangkan.

Menurut pasangan itu, doktor tersebut menggunakan mesin ultrasound yang nampak sama seperti yang digunakan di hospital. Selepas membuat pengimbasan, doktor itu mengesahkan bahawa bayi di dalam kandungan itu adalah perempuan. Kecewa dengan apa yang didengari, mereka membuat keputusan untuk melakukan pengguguran.

Gugur 1
sumber: wob
Gugur 2
gambar hiasan

Mereka dilaporkan membayar 500 yuan (RM320) dan doktor itu yakin 100% bahawa bayi itu adalah perempuan. Pada waktu itu, wanita tersebut dilaporkan hamil empat bulan dan mereka menjumpai sebuah lagi klinik haram untuk melakukan prosedur pengguguran.

Malangnya, selepas janin yang telah mati itu dikeluarkan, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapat tahu bahawa wanita itu sebenarnya mengandungkan anak lelaki!

Kesiannya!

Gugur 3
sumber: wob

Lebih teruk lagi, pasangan itu kecewa selepas diberitahu bahawa wanita itu mengalami kerosakan organ disebabkan kaedah yang salah dan kini sudah tidak boleh mengandung lagi.

Berang kerana tertipu dengan klinik haram pertama itu, mereka telah ke sana semula namun sebelum sempat berdepan dengan staf di situ, kesemua mereka telah melarikan diri mengikut pintu belakang sebaik sahaja ternampak pasangan tersebut.

Pasangan itu kemudian membuat laporan polis tentang insiden yang menimpa mereka dan kes kini masih dalam siasatan pihak polis.

Jangan percaya dengan klinik tak berdaftar macam tu. Konon ‘doktor’ berpengalaman, entah entah belajar dekat Youtube je. Eh?

Baca: Ibu Hampir Hilang Nyawa dan Keguguran Akibat Overdose Suplemen Yang Disaran ‘Perunding Kesihatan’

Shakleeeee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.