in

Ibu Hampir Hilang Nyawa dan Keguguran Akibat Overdose Suplemen Yang Disaran ‘Perunding Kesihatan’

Shakleeeee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar sebelah kanan hanyalah gambar hiasan semata-mata. 


Kesedaran akan pentingnya dalam menjaga kesihatan sejak dari muda membuatkan ramai di antara kita mula mengambil pelbagai suplemen. Asal kata suplemen itu terkenal dan disyorkan oleh ramai orang, berbondong-bondonglah makcik, pakcik serta kakak dan abang membelinya dua tiga kotak.

Pun begitu benarkah suplemen ini selamat untuk digunakan tanpa saranan doktor yang bertauliah? Menerusi perkongsian Pseudoscience Watch (PW) di laman Facebook, seorang wanita telah menceritakan pengalaman buruk yang hampir meragut nyawanya dan bayi di dalam kandungan semasa mengambil sejenis suplemen.

Pw
sumber: facebook

Menurut PW, mangsa telah disahkan hamil tiga minggu pada Oktober 2012 lepas. Namun apabila usia kandungan menjejak minggu keempat, mangsa disahkan mempunyai masalah kesihatan seperti Hypremesis Gravidarum, Hyperthyroidism, Hypocalemia, Anemia dan GERD.

Mangsa sentiasa muntah hingga kadang-kadang 30 kali sehari dan sering ditahan di wad kecemasan. Akibat dari itu, berat badan mangsa jatuh mendadak hingga 31 ke 30 kg.

Akibat ingin sihat secepatnya, mangsa telah bertanyakan soalan di laman ibu mengandung. Dia kemudian didekati seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ejen mempromosi produk X dan mengesyorkan mangsa menggunakan produk tersebut.

Menurut ejen itu, ramai pelanggannya yang sedang hamil mengalami penyakit serius namun sembuh selepas memakai suplemen X.

19029603 1935655110025192 8673555326510726156 N
sumber: facebook

Setelah membeli set suplemen tersebut, mangsa cuba untuk memakannya namun setiap kali dia menelan ubat tersebut, dia terus muntah tanpa henti. Ejen perunding kesihatan itu seterusnya mengesyorkan mangsa untuk tidak mengambil semua suplemen tersebut dan cukup sekadar mengambil ubat V***** saja.

Namun mangsa tidak sembuh-sembuh dan badannya menggeletar teruk dan mula muntah darah.

Saya ingat ada seorang doktor muda yang terpegang plastik muntah saya. Dia ingatkan sirap sekali dia jerit darah.” 

Muntah Darah
gambar hiasan

Keadaan menjadi lebih serius apabila doktor pelatih yang menjaga mangsa tidak boleh berbuat apa-apa dan mereka terpaksa mendapatkan khidmat doktor pakar yang kemudian membuat ujian darah terhadapnya.

Seorang doktor pakar yang bertudung tu saya dengar dia sebut-sebut nama saya. Panggil saya banyak kali. Saya dengar sayup-sayup dia sebut… ‘Bagi tahu saya awak ada ambil apa-apa tak dekat luar?’ ” 

Saya tak boleh respon. Saya cuma mampu keluar air mata.” 

Pregnant Woman
gambar hiasan

Mangsa juga sempat mencuri-curi dengar perbualan doktor yang mengatakan dia telah keracunan zat besi dalam darah. Namun disebabkan mangsa terlalu kurus pada masa itu, tiada apa yang boleh dilakukan doktor. Dia juga sudah mula diajarkan mengucap oleh salah seorang doktor di situ.

Dia tolong saya mengucap. Saya tak boleh mengucap sebab terlalu lemah. Lama selepas itu, saya tersedar.” 

Syukurlah mangsa akhirnya sedar dan kandungannya juga dalam keadaan selamat. Pun begitu dia diingatkan doktor untuk jangan mengambil sebarang suplemen tambah-tambah lagi iron tablet.

Walau bagaimanapun, apabila dia menceritakan pengalamannya kepada ejen suplemen tersebut selepas setahun perkara itu berlaku, ejen tersebut kembali memarahinya semula dengan mengatakan apa yang berlaku ke atasnya itu merupakan kes terpencil.

“Saya tak balas dia dah. Saya senyap terus. Tapi hati saya memang terluka dengan dia. Sikit tak minta maaf pada saya,” luah mangsa.

Malah menurutnya juga, ejen tersebut kebetulan pada ketika itu sedang hamil bayi ketiganya. Dia juga sering memuatnaik akan kebaikan suplemen yang diambil.

Walau bagaimanapun pihak PW menapis bahagian yang diceritakan mengenai ejen suplemen tersebut. Pun begitu mereka menjelaskan bahawa penjual tersebut akhirnya mengalami masalah kesihatan akibat dari pengambilan suplemen yang dijualnya.

18922129 1935611070029596 8351409533320048804 N
sumber: facebook
Pseudoscience
sumber: facebook

Perkongsian tersebut rata-rata mendapat sokongan netizen yang mencemuh produk suplemen tersebut dan bahana mengambilnya semasa hamil.

S1
sumber: facebook
S2
sumber: facebook
S3
sumber: facebook

Kepada ibu-ibu hamil, sebelum nak ambil apa-apa tu rujuklah doktor terlebih dahulu dan bukan main tanya dekat grup ibu hamil je. Kalau dah jadi macam ni siapa nak tanggung? Nasiblah ibu dan anak selamat.

Baca: “Aku takkan bagi kau mengandung. Kau tak layak dengan anak aku…”

Pregnant

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.