Tidak mampu melunaskan bayaran ikat jamin, pasangan yang didakwa hina Islam ketika melakukan persembahan komediri baru-baru ini dikatakan telah meminta sumbangan dana awam menggunakan akaun bank kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL).
Menurut Berita Harian semalam, Siti Nuramira Abdullah atau dikenali sebagai Amy perlu membayar ikat jamin sebanyak RM20,000 oleh seorang penjamin dan dia juga turut diberi amaran untuk tidak mengulas mengenai kes tersebut.
Peguam belanya, R Sivaraj berkata, setakat awal pagi semalam, mereka telah berjaya mengumpul sebanyak RM15,000 dan yakin bahawa jumlah itu akan mencapai RM20,000 seperti yang diperlukan.
Hasil penderma seluruh dunia, berjaya kutip RM40,000
Walau bagaimanapun, lebih kurang RM40,000 berjaya dikutip pada pagi ini menurut R Sivaraj, dengan lebihan wang berkenaan katanya akan dipulangkan semula kepada penderma.
Menurut FMT, kedua-dua penjamin bagi pasangan terbabit akan ke mahkamah di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur pada jam 11 pagi ini untuk melunaskan bayaran.
Walau bagaimanapun, R Sivaraj tidak pasti sama ada Amy dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran akan membayar ikat jamin hari ini.
Jika kami terlepas waktu tertentu, staf mahkamah akan meminta kami kembali esok untuk ikat jamin mereka berdua kerana masalah pengangkutan, di mana mereka berdua kini berada di pusat tahanan Beranang dan Kuala Kubu Bharu,” katanya.
Menurut laporan terdahulu, peguam mereka juga memaklumkan bahawa pasukannya telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat membuat sumbangan terhadap Siti Nuramira dan ada juga yang ingin ‘sponsor’ yuran guaman wanita itu.
Dalam pada itu, Alex, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.
Hakim Mahkamah Sesyen, Azrul Darus membenarkan Alex diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 September untuk sebutan semula kes.
Uish bab-bab macam ni memang laju ye sumbangan derma ikat jamin…
Baca: Nama Terpalit Dengan Pasangan Komedi Hina Islam, David Arumugam Nafi Kenal Amy & Alex