Pasangan suami isteri membuat keputusan untuk beri kejutan buat anak lelaki mereka selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2019.
Muhammad Danish Haziq, 12, telah memperoleh keputusan 5A dan 1B disebabkan itu kedua ibu bapanya menghadiahkan wang tunai RM10,000.
Menurut Harian Metro, Nor Ashikin Ahmad Pauzai, 33, dan Ihsan Fahmi Ishak, 43, yang juga pengusaha kafe tidak menurut kehendak anak mereka yang asalnya mahukan iPhone terbaru.
Sebelum ini, dia minta saya dan suami belikan model baharu telefon pintar jenama iPhone. Namun kami tidak mahu sebab takut nanti dia lalai jadi kami janji beri RM10,000.”
Danish sangat aktif dalam sukan antaranya bola sepak dan bola baling membuatkannya sering tertinggal dalam pembelajaran. Kerana tidak mahu biarkan anaknya tersasar dalam kurikulum, Ashikin menjanjikan hadiah.
Sebagai ibu, saya tidak boleh biarkan perkara itu. Apatah lagi dia memang sudah sasar masuk sekolah berasrama penuh. Jadi dengan berbaki tiga bulan sebelum UPSR, saya minta dia belajar bersungguh-sungguh dan menjanjikan hadiah jika mendapat keputusan cemerlang.”
Hasil bertungkus lumus menjalankan perniagaan di kafe selama 3 bulan, mereka berjaya mencukupkan wang tunai tersebut untuk dihadiahkan kepada Danish.
Kami bukan keluarga senang. Saya dan suami menggunakan wang simpanan kami selain bertungkus lumus berniaga bagi mencukupkan jumlah itu dalam masa tiga bulan.”
Alhamdulillah, keputusan Danish sangat memuaskan walaupun bukan 6A. Apabila, kami beri wang itu terus dia kata nak simpan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).”
Jumlah wang tu tidaklah sebesar rasa bahagia dan bangga yang mereka rasa bila dapat tahu anak berjaya.
Baca: “Ni bijak namanya!” – Lelaki Jadi Viral Lepas Hadiahkan Saham Sebagai Mas Kahwin Untuk Isteri