in

Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’? Korang Boleh Didakwa Atas Kesalahan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Gs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang rasa tak selesa di tempat kerja apabila rakan sekerja korang tiba-tiba ajak makan dinner lah, beri hadiah mahal lah dan tak semena-mena mula bermanja dengan korang apabila dia panggil korang dengan gelaran ‘sayang’?


Mungkin sesetengah orang anggap perkara ini perkara biasa dan tak ada kena mengena dengan gangguan seksual di tempat kerja. Malah ada juga yang menganggap ia adalah hubungan akrab biasa antara rakan sekerja.

Tapi tahu tak korang sebenarnya hubungan antara rakan sekerja ini ada batasnya dan perkara ini termasuklah ciri-ciri non-physical yang disebutkan kat atas tu kerana ia juga dikira sebagai gangguan seksual.  

Pexels Photo 3184465

 

Panggil ‘sayang’ pun boleh didakwa atas gangguan seksual?

Menurut Mashable SE Asia, kes Loganathan Maniam v Murphy Sarawak Oil Co Ltd ini dihadapkan ke mahkamah selepas tertuduh diberhentikan atas alasan salah laku seperti di bawah.

Antara gangguan seksual yang dilakukan tertuduh terhadap setiausahanya: 

  • Panggil mangsa ‘sayang’ di hadapan orang lain dan melalui hantaran mesej.
  • Melakukan tindakan fizikal yang tidak senonoh seperti meletakkan tangannya ke atas bahu, bersalaman tanpa sebab setiap hari dan menyentuh pipi mangsa. 
  • Memberi hadiah yang tidak diingini seperti minyak wangi Armani Code, krim tangan, bunga, coklat dan perhatian yang tidak perlu melalui mesej dan in-person.
  • Meminta mangsa melakukan pekerjaan di luar bidangnya seperti mengambil tertuduh dari airport, mengikut tertuduh membeli pakaian untuk dinner dan meminta mangsa membawanya ke bilik hotel.

Sabrina Zolkifi June 2014 Office Sexual Harassment Shutterst Vjum

Kalau anda pernah mengalami semua ini, ya anda telah mengalami gangguan seksual di tempat kerja! 

 

Alami gangguan seksual? Ini yang anda boleh lakukan

Kalau korang sendiri mengalami situasi ini atau tahu sesiapa yang tengah alami gangguan seksual ni, korang kena lapor perkara ini kepada majikan dan kes ini haruslah disiasat di bawah Seksyen 81F Akta Kerja 1955. 

Kalau majikan korang tidak berbuat demikian, mereka akan didenda sehingga RM10,000.

Selain itu, korang boleh juga laporkan hal ini kepada pihak polis di bawah Akta 509 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Persekutuan pada 2016 lalu telah membenarkan mangsa gangguan seksual untuk menyaman suspek yang telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dirinya.

Bagi anda yang memerlukan bantuan, hubungi NGO seperti Women’s Aid Organization (+603 7956 3488) atau All Women’s Action Society (+603 7877 0224).

Baca: [VIDEO] Gadis Cantik Kena ‘Gangguan Seksual’ Sampai Menangis Masa Stream Mobile Legends

Ml

Sumber: Pexel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.