in

[VIDEO] Gadis Cantik Kena ‘Gangguan Seksual’ Sampai Menangis Masa Stream Mobile Legends

Game 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bidang streaming semakin mendapat sambutan terutamanya pada golongan remaja. Banyak platform yang menyediakan fungsi streaming ini dan yang paling popular ialah Facebook dan Twitch.


Selain bidang ini dapat dijadikan sebagai hobi, bidang ini turut boleh dijadikan sebagai kerja kerana mampu menjana pendapatan yang lumayan. Tetapi seperti pekerjaan lain, ia turut mempunyai risiko tersendiri.

Baru-baru ini, seorang gadis cantik dari Filipina yang dikenali sebagai Jossa Gaming ini mendapat komen ‘toxic‘ dengan begitu teruk ketika dia sedang stream di Facebook. Walaupun ‘toxic’ ini bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi lihat sahaja lah reaksinya, kesian dia weh..

Walaupun telah ban penonton yang memberi komen tersebut, dia masih tidak dapat menahan perasaan sedihnya. Dia cuba untuk kekal focus pada permainan itu, akan tetapi dia gagal. Komen yang berbaur lucah itu membuatkan dia berasa sangat sedih.

1 24

Komen yang berbahasa Tagalog itu bermaksud…

mod permainan anda bodoh, sama dengan streamer. Anda tidak mempunyai masa depan dalam streaming, mengapa tidak anda ‘bermain’ dan ‘berlawan’ dengan saya, mari kita lakukan di sebuah motel”

Namun, disebalik kesedihan yang dihadapinya, dia digembirakan oleh peminatnya sendiri dengan menerima 40 ribu star donationWow!  Dia turut meraih peningkatan penonton dan pengikut di page Facebook nya.

2 26

Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada peminatnya, yang tetap memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya. Selepas kejadian itu berlaku, dia telah mencapai seramai 50 ribu pengikut di page Facebooknya.

3 22

4 10

Kepada yang sering menonton stream permainan kegemaran korang, jangan lah beri kata-kata toxic okay? Kalau tak suka, cari streamer lain, senang kan?

 

Baca: Impian Nak Jadi Pro Gamer, OKU Main Mobile Legends Dengan Satu Tangan Buat Netizen Kagum

Aa 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.