in

“Pandai dia cari jodoh” – Netizen Salute Lelaki Ni Bawa 3 Isteri Teman Angkat Sumpah Di Parlimen Indonesia

Madu 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercerita tentang kisah madu atau poligami ni, admin teringat pulak dengan filem Madu Tiga lakonan P. Ramlee. Pandai dia temberang sampai dapat kahwin 3 orang wanita yang cantik-cantik belaka.


Well admin rasa ahli Parlimen dari Indonesia ini pun ambil petua daripada P. Ramlee jugalah kerana beliau juga bermadu tiga dan telah membawa ketiga-tiga isterinya ke majlis angkat sumpah di Parlimen. Wow! 

71570020439 Achmadfadilmuzakki
sumber: astro awani

 

Gus Fadil hidup dalam harmoni bersama 3 isteri, ikut hukum agama dan negara

Menurut Astro AWANI, Achmad Fadil Muzakki Syah atau dipanggil Gus Fadil ini telah mendapat perhatian apabila hadir ke majlis angkat sumpah ditemani 3 wanita yang menjadi teman hidupnya. 

Dalam wawancara dengan akhbar tempatan Indonesia, Gus Fadil berkongsi tentang kebahagiaan yang dinikmatinya dengan beristeri 3. Katanya, pernikahan dengan ketiga-tiga isteri tersebut dilakukan mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

71570018503 Freesize
sumber: astro awani

“Saya tidak bernikah secara diam-diam. Saya bernikah secara rasmi mengikut tuntutan agama dan hukum negara dengan ketiga-tiga isteri saya,” kata beliau.

Malah ini bukan kali pertama mereka keluar bersama-sama kerana Gus Fadil gemar melakukan setiap aktiviti dengan ketiga-tiga isterinya.

“Ketiga-tiga isteri saya tidak ada masalah, aku saja,” kata Gus Fadil yang dah lapan tahun amalkan poligami.

 

“Kami tinggal di satu rumah. Bahkan tidak jarang satu kamar berempat”

Hasil daripada perkahwinan dengan 3 orang isteri, Gus Fadil telah dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata dan sedang menanti kelahiran seorang lagi bayi daripada isteri ketiganya.

Malah lagi best, Gus Fadil tidak perlu berulang-alik ke tiga-tiga rumah isterinya kerana mereka semua tinggal dalam satu bumbung di kampung halamannya dekat Jember, Jawa Timur.

Gus Lora Fadil
sumber: blog

Menarik juga bila Gus Fadil beritahu yang mereka berempat pernah tidur sebilik.

Kami tinggal di satu rumah. Bahkan tidak jarang satu kamar berempat,” kata Gus Fadil lagi.

Buat masa ini, Gus Fadil rasa selesa dengan kehidupannya dan poligami menurutnya langsung tak membebankan dalam dia menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen.

Baguslah… untung ente boleh kawin tiga! Moga-moga perkahwinan terus sakinah, mawaddah dan rahmah. 

Baca: “Harap laki aku tak tengok video ni” – Video Perkahwinan Poligami Beramai-ramai Viral, Netizen Tabik Isteri Pertama Ikut Bersanding Sama!

Wow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.