in

“Pakcik sabar ye” – [Video] Netizen Sebak Lihat Warga Emas Menangis Luah Rasa Rindu Pada Anak Cucu Tak Balik Kampung

Tak Boleh Pulang Beraya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kerajaan menetapkan larangan untuk merentas negeri, ramai di antara rakyat yang mengeluh meluahkan rasa sedih mereka tidak dapat pulang melawat ibu bapa di kampung.


Perkara yang sama juga dirasai oleh ibu bapa seperti apa yang dialami oleh seorang pakcik ini apabila dia tiba-tiba menangis meluahkan perasaannya yang sangat rindu terhadap anak-anak dan cucunya.

Menerusi perkongsian di TikTok wanita bernama Ayreen Yusoff, video tersebut memaparkan bapanya yang duduk di atas kerusi roda, tiba-tiba menangis dan mengungkap rindu pada anak-anak.

@ayreenyusoff

blik pasar,tekejut nmpk abh nangis,allahuakbar sebaknye tgk abah cam ni,abah rindukn ank cucu dia ?abah,akak janji akak akn slalu de ngn abh mak ??

♬ original sound – @cik Ayreen Yusoff – @cik Ayreen Yusoff

Pada masa yang sama, Ayreen dilihat menjelaskan kepada bapanya bahawa adik beradiknya yang lain tidak dapat pulang ke kampung kerana negara sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melarang rakyat untuk merentas negeri.

Balik pasar terkejut nampak abah menangis. Allahuakhbar sebaknya tengok abah cam ni. Abah rindukan anak cucu dia. Abah, akak janji akan selalu ada dengan abah mak,” katanya.

 

“Ya Allah panjanglah umur pakcik ni… semoga dapat berjumpa dengan anak cucunyer” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa sebak dan sedih dengan situasi yang terpaksa dialami pakcik terbabit.

Ramai yang mendoakan semoga pakcik tersebut diberikan kesihatan yang baik dan dapat bertemu dengan anak cucunya nanti.

Nangis

Sempena 10 malam terakhir ini, marilah kita sama-sama doakan semoga wabak COVID 19 ini lenyap secepat mungkin dan kita dapat kembali bersatu bersama ahli keluarga yang terpisah. Amin! 

Baca: Setahun Terpisah Kerana PKP, Bapa Sedih Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir Sebelum Anaknya Meninggal Dunia

Sad

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.