in

Pakaian Pengantin Wanita Mencolok Mata, Mufti Tegur Ikut Panduan Berpakaian Dalam Islam

Pakaian Nikah Mencolok Mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi trend pula para pengantin wanita dilihat mengenakan pakaian yang agak mencolok mata ketika di majlis pernikahan.


Trend ini telah mendapat teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang berkata, ia merupakan budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.

Malah pemakaian baju mencolok mata ini juga bercanggah dengan garis panduan berpakaian dalam Islam.

Photo 2023 08 15 11 55 39 1693799703

Artikel berkaitan: “Dia suruh pakai baju seksi” – Sarimah Ibrahim Kongsi Pengalaman Kena Gangguan Seksual

Artikel berkaitan: Kecoh Jenama Terkenal Cetak Nama Allah Atas Baju Seksi, Pereka Fesyen Minta Maaf?

Seperti yang diketahui oleh majoriti masyarakat Islam bahawa hukum menutup aurat adalah wajib di dalam Islam. Aurat lelaki Muslim (wajib ditutup) ketika berada di hadapan khalayak ialah di antara pusat dan lutut.

“Sementara bagi wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram,” jelasnya.

Penjelasan ini dinyatakan susulan mufti diminta mengulas mengenai trend wanita muslimah yang berpakaian mencolok mata dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah.

Menurut Sinar Harian, antara pengantin yang menjadi sebutan ramai ialah seorang pelakon wanita popular yang melangsungkan akad nikahnya baru-baru ini.

Busana artis itu telah mendapat sentuhan daripada pereka fesyen antarabangsa dan menerima kecaman daripada warganet kerana menyifatkan ia terlalu seksi dan tidak sesuai digayakan untuk majlis akad nikah.

Snapinsta.app 441019746 286275944553339 4450565385178591985 N 1080

Wan Salim juga pada masa yang sama berkata, bagi wanita beragama Islam, mereka diwajibkan menutup aurat di antara pusat dan lututnya sahaja sekiranya berada dalam kalangan sesama wanita.

“Bagaimanapun, pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak pula terlalu ketat.

“Pada prinsipnya, wanita Islam diharuskan memakai apa juga fesyen pakaian termasuk ketika menghadiri majlis akad nikah dengan syarat-syarat seperti dinyatakan,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Nona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.