Antara perkara yang paling ditakuti oleh para wanita ialah menjadi mangsa gangguan seksual, perkara sebegini boleh terjadi kepada semua wanita tanpa mengira umur dan lokasi.
Che Puan Sarimah Ibrahim baru-baru ini berkongsi, dia juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika baru sahaja menapak dalam industri hiburan.
Beliau yang merupakan seorang pengacara dan pelakon itu berkongsi insiden itu berlaku ketika dia berada di set penggambaran sebuah program yang terkenal di mana dia menjadi pengacara rancangan tersebut.
@mediahiburanofficial “Dia Suruh Saya Pakai Baju Seksi…..Saya Tak Nak Tunjuk Lengan Saya!” – Che Puan Sarimah Ibrahim. Ketika tayangan siri terbaru Astro Originals, RIOT, yang mengisahkan tentang gangguan seksual terhadap wanita. Che Puan Sarimah Ibrahim turut kongsikan pengalamannya ketika di ganggu oleh seorang ‘pengarah’ di set penggambaran. #Mhnews #MediaHiburan #berandatiktok #fyp
“Individu terbabit menghampiri saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, tetapi dia sebaliknya memegang bahagian dada saya,” katanya.
Lebih menakutkan, lelaki terbabit yang merupakan krew produksi rancangan itu menggunakan alasan untuk memasang mikrofon sebelum mengambil kesempatan untuk memegang tubuh badannya.
“Saya terpaksa senyum seolah-olah tidak terkesan dengan situasi itu. Dia sempat memuji saya cantik ketika itu. Dia juga kata kami akan nampak hebat jika bersama tapi dia sudah berkahwin,” katanya.
Malah, Sarimah juga mendedahkan dia pernah berdepan dengan pengarah ‘miang’ yang menyuruhnya untuk berpakaian seksi dan diminta untuk memperagakan pakaian tersebut.
“Ada sekali itu, seorang pengarah suruh saya masuk bilik pakaian untuk rancangan itu. Dia suruh saya pakai baju seksi dan sudah siapkan baju-baju untuk saya pamerkan dalam bilik itu.
Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah itu secara seorang diri. Situasi itu sangat aneh.
Saya tak nak dan enggan menunjukkan bahagian lengan. Selepas itu saya tak dapat tawaran seterusnya tapi ada rezeki lain selepas itu,” katanya.
Tegas dengan pendiriannya, Sarimah juga diugut secara halus jika beliau tidak mengikut kehendak produksi itu, beliau tidak akan mengacarakan rancangan itu untuk musim seterusnya.
Namun, Che Puan Sarimah berkata dia tidak gentar kerana dia lebih sayangkan maruahnya daripada job semata-mata.
Sumber: TikTok