Baru-baru ini, seorang blogger Muslimah, Mona Khalifa telah menghadiri satu pertunjukan fesyen di Melbourne. Sejurus pulang wanita ini telah memuat naik video meluahkan rasa marahnya apabila melihat model jenama Not A Man’s Dream mempamerkan baju seksi yang dicetak dengan nama Allah.
Dalam videonya itu, Mona mengatakan tiada sebab untuk jenama tersebut menggunakan nama Allah pada pakaian yang menjolok mata dan jarang seperti itu. Wanita ini turut mengatakan tindakan pereka fesyen tersebut adalah sangat biadap dan tidak menghormati orang Muslim.
Mendidih darah aku. Ini dah lebih dari tak hormat. Kenapa dorang perlu buat macam ni? Tak ada sebab untuk letak nama Allah atau apa-apa yang Islamik dekat pakaian macam ni.”
@monakhalifaxo_ @BABY BILLIONAIRE @Melbourne Fashion Festival i am disgusted that anyone would think this is okay?? Beyond disrespectful and disgusting! #fyp #fypシ #melbournefashionweek
Susulan kekecohan ini, penganjur PayPal Melbourne Fashion Festival telah mengeluarkan permohonan maaf kepada orang yang hadir dan terasa dengan pertunjukan tersebut.
Penganjur ini mengatakan mereka tiada niat untuk tidak menghormati sesiapa dan memohon maaf atas keterlanjuran yang berlaku.
Tambahnya lagi, selepas berbincang dengan jenama tersebut, mereka bersetuju untuk menurunkan beberapa konten yang berkait dengan perkara itu dari platformnya.
Selain itu, pereka fesyen yang bertanggungjawab membuat pakaian ini juga turut meminta maaf dan mengatakan yang dia tiada niat untuk menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai.
Saya memahami yang beberapa pakaian telah menimbulkan rasa kurang senang. Ia memang bertentangan dengan niat saya. Untuk ini, saya benar-benar minta maaf.”
Bagaimanapun, dalam video lain yang dimuat naik oleh Mona, blogger ini mengatakan bahawa beberapa model telah pun memberitahu bagaimana pakaian tersebut akan menimbulkan rasa kurang senang oleh beberapa pihak namun tidak dilayan oleh pihak penganjur mahu pun pereka fesyen tersebut.
@monakhalifaxo_ @Melbourne Fashion Festival and Samantha saint james. We need more accountability. Something needs to change so this never happens again #fypシ #melbournefashionfestival #melbourne #australia #muslimtiktok #islamic_media
Kalau betul orang dah nasihat sebelum naik pentas tapi tak nak dengar, maknanya dorang memang sengajalah nak cari publisiti murahan guna nama Islam…
Baca: “I am a model!” – Imran Bard Bengang Dikatakan Caras ‘Job’ Model