in

Pakai Persona 1.6, Motor Yamaha LC135. Adakah Ini Kenderaan Mewah? #Belanjawan2019

Ron 95 Vs Ron 97 Fuel Test Malaysia 023 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Pakatan Harapan mencatat sejarah apabila Belanjawan 2019 jadi pembentangan belanjawan pertama mereka sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara yang dikuasai Barisan Nasional sebelum ini.


Dan dah tentu ramai yang ternanti-nanti dengan perubahan yang akan dibawakan mereka!

 

Subsidi minyak hanya untuk kereta enjin 1.5cc, motor 125cc

Antara dibentangkan termasuk pengumuman subsidi minyak cuma untuk pemilik kereta berkapasiti enjin 1.5cc dan motor dengan kapasiti enjin 125cc.

Menerusi mekanisme subsidi baru itu, ia terhad untuk 100 liter sebulan bagi pemilik kereta untuk subsidi petrol RON95 dan 40 liter bagi motosikal.

Dan ia akan dilaksanakan pada suku kedua tahun 2019.

Ron 95 Vs Ron 97 Fuel Test Malaysia 023 1
sumber: paul tan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata dengan kaedah ini, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk manfaat 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta penunggang motosikal.

 

Pakai Golf TSI 1.4 selamat lah kiranya ni?

Tapi nampak gayanya cadangan ini tak begitu dipersetujui oleh orang ramai dan didapati agak mengelirukan.

Dalam Facebook page ini, ramai yang mempersoalkan tentang cadangan itu yang dianggap tidak adil.

Subsidi Minyak 1

Subsidi Minyak 2
sumber: facebook

 

Senarai kereta layak dapat subsidi minyak 30 sen/seliter

Stress dengan pengumuman ni, ada juga netizen yang ‘troll’ dengan kongsikan jenis-jenis kereta  mewah yang layak dapat subsidi dan boleh digunapakai oleh rakyat Malaysia.

Subsidi Minyak 3
sumber: facebook

Betul juga tu sebab ada je kereta tempatan yang enjin lebih daripada 1.5cc dan kereta import mewah dengan kapasiti enjin bawah 1.5cc.

Takkan semua orang nak kena beli kereta baru pula kot?

 

“Kan belanjawan je, belum confirm lagi..”

Bila netizen dah marah, mulalah kata bukan-bukan kan?

Tapi tak semua orang melatah dengan pengumuman tu. Ada juga yang minta masing-masing bertenang dan tunggu laporan yang lebih detail.

Subsidi Minyak 4
sumber: facebook
Subsidi Minyak 5
sumber: facebook
Subsidi Minyak 6
sumber: facebook

Memandangkan cadangan ni dikatakan akan bermula pada tahun 2019, mungkin ada mekanisme yang kerajaan akan create lepas mengambil kira keluhan orang ramai.

Jadi apa kata kita tunggu kenyataan terbaru pihak kerajaan sama ada kaedah ni akan diperhalusi bagi memastikan pemberian subsidi dapat disalur dengan adil.

Baca: [TERKINI] Pas ‘Unlimited’ Untuk Tren dan Bas Tahun Depan #Bajet2019

Cara Menempah Tiket Ktm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.