Bila kita dapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kita, kita mesti nak bersiap dan pakai pakaian yang paling kemas. Iyelah, nak menghormati majlis dan meraikan raja sehari kan.
Lain pula yang berlaku di negara jiran kita apabila sekumpulan lelaki mendapat jemputan ke kenduri kahwin sahabat mereka. Kumpulan lelaki itu nekad untuk prank kawan mereka yang hari bahagianya dengan berpakaian kanak-kanak. Korang boleh tengok gelagat mereka dalam video @komediseriyus kat bawah ni.
https://www.tiktok.com/@komediseriyus/video/7109933761227279643?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7001335593797387778
Siap pakai lampin lagi
Eee… geram je min tengok perangai sorang-sorang. Nasib baik pengantin tu sporting je kan. Kalau dapat yang jenis cepat emo tu, mau rosak majlis.
Ni setakat jiwa kanak-kanak, ni berpakaian seperti kanak-kanak. Siap dengan botol minum, payung, basikal roda lagi.
Haaa… sebab tu lah kot ada sorang dalam video tu amik daun pastu lipat duit letak dalam. Mungkin nak mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dulu.
Dah lah dari mula video sampai habis lawak, kena pulak yang part last tu dia marah pengantin sebab terjatuh sendiri. Terhibur min tengok gelagat dorang dalam video tu.
Baca: “Mak siapa ni?” – [VIDEO] Majlis Tak Habis Lagi Makcik Ni Dah Tapau Semua Kuih