in

Pak Cik Mengusik Anak Buah Main Cikgu-Cikgu, Reaksi Anak Buah Jadi Perhatian

Untitled Project 2024 01 06T162015.834

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang waktu kanak-kanak dulu suka main cikgu-cikgu?

Siapa yang paling tua pasti akan menjadi cikgu dan yang lain pula akan berlakon menjadi anak murid.


Tular satu video dimana seorang pak cik mengacau anak-anak buahnya yang sedang bermain cikgu-cikgu di dalam bilik.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi TikTok oleh akaun kmkt89 baru-baru ini dan ia telah mendapat perhatian ramai warganet kerana ramai yang terhibur dengan gelagat pakcik dan anak-anak buahnya itu.

@kmkt89

Halus je kena halau.. seram tgk muka sorang2 🫣 #tiktok #anakbuah

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Dalam video yang berdurasi selama 49 saat itu, dapat dilihat lelaki itu mengetuk pintu dan bertanya kepada anak buahnya yang menjadi cikgu dengan berpura-pura mahu mengambil anaknya dari kelas.

Artikel berkaitan:“Siap bahasakan diri ‘abang’” – Baru Mengajar 5 Bulan, Cikgu Ni Dah Dapat 15 Surat Cinta Dari Murid

Artikel berkaitan:“Guru kerja di sekolah bukan instafamous” – Hanya Sebab Suka Bergaya Seperti Model, Cikgu Ini Dikecam?

Reaksi anak buahnya yang terpinga-pinga dengan soalan pak cik mereka itu membuatkan netizen terhibur.

Anak buah yang menjadi cikgu bagaimanapun begitu mendalami wataknya sebagai cikgu malah siap memberitahu bahawa anak pakciknya itu berada di kelas lain.

Rata-rata netizen terhibur dengan reaksi dan respon dari anak buah lelaki itu.

Whatsapp Image 2024 01 06 At 16.26.45

Whatsapp Image 2024 01 06 At 16.26.46

Bila anak buah terlalu ramai memang syok main cikgu-cikgu.

Sumber: TikTok @kmkt89

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.