“Siap bahasakan diri ‘abang’” – Baru Mengajar 5 Bulan, Cikgu Ni Dah Dapat 15 Surat Cinta Dari Murid

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau perhati, zaman sekarang ni cikgu-cikgu yang mengajar ramai betul yang muda dan cantik-cantik, sampai murid-murid pun makin advance nak mengorat cikgu. Lagi-lagi cikgu practical.

Baru-baru ini, seorang guru pelatih, Zulaikha Zulkiflie telah berjaya mencuit hati netizen bila dia tweet beberapa surat cinta yang diterima dari murid-murid yang baru sekolah rendah!

Sumber: Twitter

Bila admin baca ayat-ayat pickup line yang diberikan oleh budak-budak ni, memang tak boleh blah wehhh.

“Gua suka sama lu”

 

“Siap bahasakan diri ‘abang’ lagi”

“Nak balik ke hati cikgu”

Ketika ditemubual mStar, cikgu berusia 20 tahun ini berkata dia sering menerima surat cinta dari anak muridnya sejak dia memulakan praktikal di dua sekolah rendah pada Mac lalu.

“Ini bukan pertama kali dapat, kalau campur dua sekolah total 15 surat. Tapi setiap kali dapat surat cinta saya rasa kelakar dan terharu jugalah sebab murid-murid minat dan suka dengan saya.”

Zulaikha berkata dia tak kisah dan tak ambil hati dengan kerenah murid-murid ini sebab menjadi seorang guru merupakan kerjaya yang memang dia minati.

Zaman admin dulu, cikgu praktikal memang baik-baik, tapi bila dah jadi cikgu betul, garang dia memang scaryyy.

 

Baca: “Walaupun kau coklat, aku tetap suka kau” – Bukan Main, Surat Cinta Budak Sekolah Rendah Buat Netizen Geli Hati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson