in

“Padang sekolah lagi cantik” – IG Hans Isaac Diserang Gara-gara Kondisi Terkini SNBJ Tidak Memuaskan

Snbj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Final Piala Malaysia bakal diadakan pada 8 Disember ini, kita akan melihat pertembungan di antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu bagi merebut piala tersebut.


Pun begitu, di media sosial ramai antara peminat bola sepak seakan tidak puas hati dengan kondisi padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dikatakan berada dalam kondisi yang tidak memuaskan.

Artikel berkaitan: Wanita Tajikistan Luah Rasa Kecewa Lihat Padang Bola Bukit Jalil

Artikel berkaitan: “Mana tahu boleh jadi atlet” – KBS Benarkan Hari Sukan Sekolah Dianjurkan Di SNBJ Secara Percuma

Malah, pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Idris (TMJ) juga memuat naik gambar keadaan SNBJ selepas konsert artis antarabangsa Coldplay diadakan hujung bulan lalu.

Cats 16

Berbaki dua hari sebelum perlawanan akhir, kerja-kerja membaik pulih padang sedang dijalankan, namun ramai yang masih risau jika ia sempat diperbetulkan menjelang pusingan akhir piala tersebut.

Menerusi video pendek berkenaan, terdapat beberapa bahagian padang yang masih bertampal dan permukaan padang dilihat tidak rata sekaligus membangkitkan persoalan tentang bagaimana Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjaga padang SNBJ.

“Padang sekolah lagi cantik”

Susulan perkara itu, Instagram Hans Isaac selaku presiden PSM dipenuhi dengan kecaman daripada netizen berkenaan isu tersebut.

Cats 18

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan dari mana-mana pihak berkaitan isu keadaan padang SNBJ.

Sumber: Instagram, Stadium Astro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.