in

“Padan muka!” – Budak 11 Tahun Cucuk Mata Pakcik Dengan Aiskrim Untuk Elak Daripada Kena Rogol

Cucuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes rogol melibatkan kanak-kanak bawah umur kerap berlaku di merata tempat. Lebih menjijikkan, si pelaku ni semua bertaraf pakcik atau datuk yang dah tua dan sepatutnya bertaubat sementara menunggu waktu nyawa berpisah dari jasad.


Pun begitu, admin sangat salute lah dengan tindakan seorang budak berusia 11 tahun ni apabila dia berjaya melawan perogol yang cuba menodainya di dalam kereta. 

 

“Suspek arah mangsa lakukan seks, tapi kanak-kanak perempuan enggan dan…” 

Menurut Harian Metro, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah mencucuk mata pemandu ‘kereta sapu’ menggunakan batang aiskrim demi menyelamatkan dirinya daripada dirogol di Tembok Panuwasa, Kudat. 

3 Ingredient Stawberry Yogurt Popsicles 27
gambar hiasan

Semuanya bermula apabila sekitar jam 9 pagi, mangsa telah menumpang kereta Perodua Viva suspek yang berwarna hitam dari Pasar Sayur Kudat untuk pulang ke rumahnya.

Macam mana pun, mangsa yang naik kereta tu seorang diri telah dibawa suspek ke Tembok Purnawasa pulak.

Sebak tiba di lokasi, suspek tiba-tiba berhentikan kereta dan terus pegang tangan mangsa. Amboi-amboi. 

Cn9L4Zi0Xi
gambar hiasan

“Suspek mengarahkan mangsa untuk melakukan hubungan seks, namun kanak-kanak perempuan itu enggan dan mengugut akan melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Suspek kemudiannya menutup mulut mangsa menyebabkan kanak-kanak itu meronta untuk melepaskan diri. 

Mangsa akhirnya berjaya menyelamatkan diri selepas mencucuk mata suspek menggunakan batang aiskrim,” jelas Ketua Polis Kudat.

 

“Suspek lelaki berusia dengan muka cengkung, rambut pendek, beruban dan berjanggut” 

Sebaik saja mangsa melarikan diri, dia terus meminta pertolongan orang ramai sebelum dihantar semula kepada neneknya di Pasar Sayur Kudat.

05
sumber: blog

Mangsa kemudian membuat laporan polis sambil ditemani ahli keluarga dekat Balai Polis Kudat.

“Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan calar pada mata kanan mangsa selain mengadu sakit di bahagian muka.

“Hasil keterangan mangsa, suspek adalah seorang lelaki berusia dengan keadaan muka cengkung, rambut pendek, beruban dan berjanggut,” kata polis.

Ketika kejadian juga suspek dikatakan berseluar pendek berwarna coklat tapi mangsa tak ingat warna baju dipakainya.

Polis kini dalam operasi memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

 

“Aiskrim pun boleh jadi senjata tau hebat!” 

Rata-rata netizen salute habislah dengan tindakan pantas kanak-kanak tersebut dalam melarikan diri daripada perogol terbabit. Moga sentiasa berhati-hati lepas ini ya!

Hebat
sumber: twitter

Berani sungguh ye adik tu! 

Baca: “Orang macam ni layak kena gantung” – Tiga Lelaki Gilir-gilir Rogol Budak 13 Tahun Lepas Bunuh Dengan Kejam

Roo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.