in

Pablo Amirul ‘Expose’ Ajaran Sesat, Kekasih Pula ‘Disailang’ Ahli Politik?

Pablo Amirul

Fahaman agama ialah sesuatu yang sangat penting dan perlu dititik beratkan dengan mencari guru yang betul bagi mengelakkan berlakunya sebarang ajaran sesat.

Perkara ini dapat dikesan apabila al-Quran dan hadis dipertikaikan serta wujud perubahan dalam kefahaman dan syariat Islam yang diamalkan serta diketahui umum.

Menurut sumber, golongan sesat ini juga lazimnya cenderung mengagung-agungkan pemimpin dan guru mereka melebihi kedudukan nabi serta bersifat taasub.

Baru-baru ini, gempar di media sosial apabila pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Pablo Amirul membuat pengakuan berani memberitahu dirinya merupakan salah seorang pengikut ajaran sesat, Millah Abraham.

Clipboard5 Horz

Video penuh klik di sini.

Pablo menerusi laman Facebook miliknya membuat pengakuan tersebut dalam sebuah sesi live yang dilakukannya hujung minggu lepas, malah dia turut memberitahu dia sanggup memberikan keterangan kepada badan kerajaan seperti pihak polis dan jabatan agama.

“Millah Abraham yang buat Pablo jadi tak betul, jadi gila dan terasing. Korang kena tahu la pasal Millah Abraham ni dia macam agama baharu, kita ikut ajaran Nabi Ibrahim tak ikut Nabi Muhammad SAW.

Ya, Pablo sesat, sebab itu kononnya nak belajar mengenal tuhan tetapi rupanya….Tolong lapor kepada polis dan sesiapa sahaja tentang ini,” katanya.

“Pasal kau aku masuk Millah Abraham!” 

Dalam pada itu, Pablo juga memberitahu dia menyertai ajaran tersebut kerana seorang wanita yang kemudiannya menjadi kekasihnya.

Pblo

Namun begitu, bekas kekasihnya yang merupakan seorang juruterbang itu dikatakan telah ‘disailang’ oleh seorang ahli politik yang juga salah seorang pengikut ajaran Millah Abraham itu.

Uish berat ujian ni…

Baca: Tolak Hadis & Mengaku Tiada Agama, Hati-hati Dengan Ajaran Sesat Hadi Minallah!

Ajaran Sesat Hadi Minallah Di Malaysia