in

Pablo Amirul Mohon Maaf Lepas Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah & Curang Dengan VIP

Pablo Amirul Mohon Maaf Bekas Kekasih Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kecoh diperkatakan mengenai pendedahan pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Pablo Amirul mengenai kekasihnya yang dikatakan telah disailang ahli politik dan keterlibatannya dalam sebuah ajaran sesat, Millah Abraham.


Pun begitu, sehari lepas pendedahan tersebut, Pablo telah membuat permohonan maaf melalui satu video yang dimuat naik di Instagram.

“Pablo minta maaf menuduh pilot terlibat dengan dadah” 

Menerusi posting berkenaan, Pablo yang sebelum ini ada menuduh bekas teman wanita yang juga seorang juruterbang menghisap dadah telah menginsafi kesilapannya dan menafikan perkara itu berlaku.

Tambah Pablo, Fatin (bekas teman wanita) seorang juruterbang yang hebat dan dia telah membuat kesilapan kerana terlalu mengikut perasaan.

Saya minta maaf. Saya tak nak jadi orang yang gila dan nak jadi manusia yang pemaaf.

“Buat syarikat penerbangan (tempat bekas kekasih saya bekerja sebagai juruterbang), saya minta maaf kerana menuduh pekerja anda sebegitu. 

“Saya berdepan masalah peribadi. Saya merayu dan minta maaf sekali lagi kepada syarikat penerbangan terbabit, saya ingin tegaskan bahawa Fatin Nabila Musa seorang juruterbang yang hebat,” katanya.

Pablo pada masa yang sama meminta orang ramai tidak menghukumnya dan dia juga tidak disuruh atau dipaksa dalam melakukan permohonan maaf terbuka tersebut.

Fatin Nabilah Musa

Jangan menghukum. Ramai sangat nak jadi penghukum dalam ini (media sosial). Kita bukan Tuhan.

“Tiada mana-mana pihak yang menyuruh atau memaksa saya untuk melakukan permohonan maaf. Allah tolong Pablo dan saya cuma nak bersihkan nama Fatin Nabila Musa sahaja.

“Dia tak pernah ambil dadah. Saya orang yang tuduh dia. Buat syarikat penerbangan, adalah satu tindakan tidak patut memecat atau membuang Fatin – seorang juruterbang yang dahsyat. Kita semua buat silap dan kita hanya manusia biasa,” katanya lagi.

Menurut Pablo, Fatin juga mempunyai ‘flight record’ yang baik di samping meminta pihak syarikat penerbangan tersebut mengambil tindakan terhadap dirinya atas apa yang berlaku.

Harap isu selesai. Pablo pun dah minta maaf kan? 

Baca: Pablo Amirul ‘Expose’ Ajaran Sesat, Kekasih Pula ‘Disailang’ Ahli Politik?

Pablooo

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.