in

“Our baby girl is here” – Zayn Malik Umum Gigi Hadid Selamat Bersalin Anak Perempuan

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan sama cantik, Zayn Malik dan Gigi Hadid dah pun selamat melahirkan anak perempuan!


Bekas penyanyi One Direction ini sebentar tadi telah mengumumkan perkara ini di Instagram peribadinya sebentar tadi selepas bapa Gigi kongsikan hint kehadiran cucunya itu.

Sebelum ini, Gigi telah dedahkan dia mengandung anak Zayn Malik pada April lalu selepas bersama semula dengan kekasihnya sebelum membuat keputusan untuk mempunyai anak.

Screenshot 2020 09 24 At 11.35.26 Am

Dalam gambar yang dimuat naik oleh Zayn di Instagram ini, penyanyi tersebut turut meletakkan kapsyen menyentuh hati untuk anaknya.

Anak perempuan kami dah lahir dengan sihat dan cantik.

Saya tak boleh nak beritahu apa yang saya rasa sekarang. Perasaan sayang yang saya rasa untuk anak kecil ini lebih dari segalanya.

Saya bersyukur dapat kenal dia, bangga untuk panggil dia anak saya dan bangga dengan kehidupan yang akan kami lalui bersama.”

Setakat ini Gigi masih belum berikan apa-apa komen dan pasangan ni pun masih belum dedahkan wajah anaknya. Tapi, kalau dah mak bapak dah hensem dan cantik, mesti anaknya lawa gila!

Congratulations!

 

Baca: “Salah ke jadi orang Palestin?” – Bella Hadid ‘Sound&’ Instagram Sebab Padam ‘Posting’ Bangga Berdarah Palestin

Screenshot 2020 09 24 At 11.39.49 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.