in

“Salah ke jadi orang Palestin?” – Bella Hadid ‘Sound’ Instagram Sebab Padam ‘Posting’ Bangga Berdarah Palestin

Model antarabangsa terkenal, Bella Hadid menemplak tindakan pihak Instagram kerana telah melupuskan salah satu instastory yang dimuat naik olehnya.

Bella, 23, telah memuat naik gambar pasport tamat tempoh milik bapanya, Mohamed Anwar Hadid, 71, di instastory. Gadis berkacukan Palestin-Belanda itu menunjukkan tempat kelahiran bapanya iaitu Palestin.

Saya bagi menjadi rakyat Palestin.”

Keesokan hari, dia mendapat tahu instastory tersebut telah dipadam oleh Instagram dengan alasan ianya melanggar undang-undang komuniti Instagram.

“”Instagram telah memadam hantaran saya di Instastory menunjukkan pasport warganegara Amerika Syarikat milik ayah yang terpapar tempat kelahirannya dia Palestin.”

“Dimana kesalahan saya sehingga dikatakan melanggar undang-undang buli, paparan melampau serta gambar lucah?”

Pemilik nama Isabella Khair Hadid kemudian memuat naik semula screenshot mesej daripada Instagram di instastory. Katanya Bella, apa yang dilakukan Instagram itu dianggap satu perbuatan buli dan menyeru agar pengikut serta peminatnya untuk sentiasa berasa bangga dengan tanah kelahiran ibu bapa masing-masing.

“Adakah kita dilarang untuk menjadi rakyat Palestin di Instagram? Anda (Instagram) tidak boleh memadam sejarah keturunan dengan menutup mulut kami.”

“Saya bangga mempunyai darah keturunan Palestin, setiap orang patut berkongsi dan paparkan di mana ibu-bapa anda lahir. Ingatkan mereka (Instagram) bahawa kita berbangga dengan asal-usul ibu bapa kita!”

Baca: Jisoo Blackpink Trending Di Twitter Lepas Peminat Tak Puas Hati Layanan ‘YG Ent.’ Terhadapnya?

Sumber: People
Sumber: People