in

‘Otter’ Berumur 4 Bulan Ditemui Mati Lepas Tercekik Mata Kail Yang Dianggap Makanan

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seekor ‘otter’ atau panggilannya dalam Bahasa Melayu, memerang ditemui mati dalam keadaan mata kail yang tersangkut di tekaknya.


Memerang malang tersebut ditemui oleh penduduk di sekitar Pulau Coney, Singapura yang kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada National Parks Board (NParks).

1 8

Namun begitu, usaha untuk menyelamatkan memerang itu gagal apabila mata kail yang ditelan tersangkut di tekak dan mengambil masa yang terlalu lama untuk dikeluarkan.

Menurut laporan, memerang tersebut sebenarnya sudah lama mengalami kesakitan sebelum ditemui oleh orang ramai.

2 8

3 6

Isu ini mendapat perhatian Ottercity yang mengecam tindakan manusia tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Terang mereka, sudah empat kes diterima melibatkan kematian memerang yang mati akibat kesan pencemaran dilakukan oleh manusia.

Memetik petikan mereka di Facebook, Ottercity turut meluahkan rasa kesal kerana tidak mampu untuk menyelamatkan memerang itu meskipun mereka cuba merawat haiwan malang itu selama beberapa hari.

“Jika anda pernah tercekik tulang ikan, anda akan faham apa perasan memerang itu. Dia tidak boleh makan dan terkena jangkitan di tekak”

[Death by fish hook]- Punggol pups just can’t get a break Four of 9 otters in the Punggol family, including mum, died…

Posted by Ottercity on Ahad, 6 September 2020

Kawasan sekitar Coney Island sangat terkenal buat kaki pancing ekoran kawasannya yang strategik dan banyak tangkapan yang boleh dibuat. Untuk rekod, ini adalah kes kedua melibatkan kematian memerang akibat mata kail di situ.

Ottercity turut menasihati agar mereka yang memancing di kawasan tersebut untuk membuang mata kail di tempat yang sepatutnya agar tidak dimakan oleh hidupan liar.

 

BACA: Gadis Mati Tercekik Pearl Boba Tea, Lepas Sedut Air Terlampau Kuat Hingga Masuk Saluran Pernafasan

Capture 32

Sumber: Ottercity
Sumber: Ottercity
Sumber: Ottercity

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.