in

Digigit 26 Kali, Lelaki Cedera Parah Lepas Diserang Sekumpulan Memerang Ketika Bersiar-siar Di Singapura

2Merang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga Singapura cedera parah selepas diserang sekumpulan memerang ketika bersiar-siar di Singapore Botanic Garden pada hujung bulan November baru-baru ini.


Screenshot 2021 12 11 At 11.41.24 Am

Memetik laporan New York Post, Graham George Spencer telah digigit 26 kali selepas diserang sekumpulan memerang ketika bersiar-siar bersama rakannya di tempat kejadian pada 30 November.

Screenshot 2021 12 11 At 11.27.09 AmDalam kejadian itu, Spencer bersama rakannya sedang menghampiri kawasan pengunjung apabila beliau melihat sekumpulan memerang menyeberangi jalan di hadapannya ketika berada di taman itu.

Screenshot 2021 12 11 At 11.40.13 Am
Gambar sekadar hiasan

Kumpulan memerang itu bertindak menyerang seorang pengunjung lain yang berjogging di kawasan itu, namun pengunjung itu sempat menyelamatkan diri. Kemudian kumpulan memerang tersebut menyerang Spencer yang menyangka beliau adalah pengunjung yang sempat menyelamatkan diri.

Screenshot 2021 12 11 At 11.40.28 AmBercakap kepada pemberita, Spencer telah digigit 26 kali dalam serangan kumpulan memerang itu dalam masa 10 saat. Spencer digigit pada bahagian kaki, buku lali, punggung dan jari.

Screenshot 2021 12 11 At 11.40.35 AmMelihat kejadian itu, rakannya menjerit menghalau kumpulan memerang yang sedang menyerang Spencer. Spencer kemudiannya dirawat oleh petugas taman sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Screenshot 2021 12 11 At 11.42.24 Am
Gambar sekadar hiasan

Menurut Spencer, ini adalah kejadian kali pertama yang dialaminya sepanjang lima bulan melakukan rutin bersiar-siar di taman berkenaan.

Sumber: New York Post 

Baca: [VIDEO] Penampakan Makhluk Seakan Duyung Dirakam, Katanya Di Perairan Johor… Betul Ke?

Screenshot 2021 12 11 At 11.46.48 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.