in

Korang Peminat Minyak Wangi? Jom Kenali 5 Bahan Aneh Yang Diguna Sebagai Campuran Perfume Korang

Ft Perfume 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minyak wangi boleh dianggap sebagai satu kemestian pada masa sekarang. Bila guna je minyak wangi automatic rasa keyakinan diri tu memuncak dan rasa lebih yakin nak deal dengan orang.


Pernah tak terfikir apa yang diletak dalam minyak wangi tu sampai baunya wangi dan tahan lama?

Baru korang terfikirkan, apa korang rasa bahan dia? Bunga? Kulit kayu? Kali ni min akan kongsikan bahan aneh yang mungkin ada dalam minyak wangi korang.

Mesti ramai tercengang punyalah!

 

i. Castoreum

Apa benda pula castoreum ni kan? Kalau korang nak tahu, castoreum ini adalah bahan rembesan yang terhasil daripada dubur memerang. Macam tak ada benda lain nak dijadikan bahan kan?

Sebenarnya rembesan yang terhasil daripada haiwan itu mengeluarkan bau vanila! Korang mesti ingat vanila tu daripada tumbuhan je kan?

Kalau nak tau, bahan ini selalu digunakan dalam minyak wangi yang bertemakan kulit kayu klasik.

Bau yang terhasil adalah sangat wangi sehinggakan seorang ahli ekologi haiwan liar dari Universiti Illinios Selatan, Joanne Crawfoard menggalakan orang ramai untuk cuba menghidu di bahagian bawah ekor haiwan itu.

Orang kata saya gila, tapi percayalah memerang mempunyai bau yang sangat menarik!

Antara jenama minyak wangi terkenal yang menggunakan castoreum sebagai bahannya ialah Etat Libre d’Orange’s Fils de Dieu.

Tapi kini, castoreum sudah digantikan dengan bahan sintetik dan hyraceum.

Capture 1 4 1

ii. Bacon

Bila cakap mengenai bacon mesti ramai yang terbayang kepingan daging nipis yang digoreng rangup dan menjadi hidangan breakfast kebanyakan rancangan televisyen di Amerika Syarikat.

Tapi apa yang korang tak tahu ialah, bacon turut digunakan sebagai bahan untuk membuat minyak wangi terkenal. Mesti pelik kan, apa yang menariknya dengan bau makanan pada pakaian.

Campuran aroma masin dan asap yang terhasil daripada makanan itu menjadi antara bahan yang digunakan dalam Bacon Classic Fragrance.

Wangian itu telah dilancarkan pada tahun 2010.

Bukan itu sahaja, campuran itu juga turut digunakan sebagai bahan gel mandian.

Korang nak ke lepas mandi ada bau bau macam asap makanan?

Capture 13 1

 

iii. Najis Musang

Mesti korang biasa dengar kopi luak kan, sejenis kopi yang diperbuat daripada najis musang luak yang sangat terkenal di Indonesia.

Jadi campuran yang digunakan untuk mencipta wangian ini berasal daripada bahan yang sama.

Selain popular sebagai bahan minuman, najis musang luwak itu juga boleh digunakan sebagai bahan minyak wangi kerana najisnya yang menghasilkan bau floral apabila direndamkan dengan alkohol.

Kalau korang tak percaya, cuba hidu Calvin Klien Obsession for Men, itulah yang terhasil daripada najis musang tu!

Capture 3 2 4

 

iv. Edamame

Bagi peminat sushi sudah pasti korang familiar dengan edamame, sejenis hidangan kacang soya yang dijamah sebelum makan sushi.

Tapi apa yang korang tidak tahu, kacang soya ini mempunyai aroma yang segar dan harum yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi.

Antara jenama besar yang menggunakan campura Edamame ialah, B Skin Balenciaga.

Capture 4 1 2

 

v. Mesiu

Mesiu atau nama lainnya gunpowder merupakan antara bahan pelik yang digunakan untuk menghasilkan campuran minyak wangi.

Bahan ini turut dikenali sebagai serbuk hitam adalah sejenis campuran kimia yang mengandungi sulfur, arang dan potassium nitrate.

Campuran ini telah digunakan dalam industri minyak wangi kerana mempunyai aroma yang kuat dan smoky-scented.

Mesti korang dah tertanya-tanya gunpowder ni ada dalam perfume lelaki yang mana satu.

Sebenarnya aroma yang kuat ini turut digunakan dalam wangian wanita seperti Flowerbomb Nectar by Viktor & Rolf.

Capture 5 1 1

Macam mudah je kan nak dapat bahan-bahan untuk buat minyak wangi ini, kebanyakkannya boleh dapat dekat kedai. Tapi jangan pula ada yang cuba buat sendiri, lebih baik beli ke okay?

Sumber Fragrance X, stuff

Baca : Dalam dunia perfume hanya wujud ORIGINAL & FAKE-PenjelasanTelus Reject Perfume Sebenarnya Tak Wujud

Capture 13

 

 

 

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.