in

“Otak tertinggal ke?” – [VIDEO] Penunggang Motosikal ‘Stuck’ Dekat Laluan Tol Undang Makian Netizen

Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti pernah jumpa penunggang motor yang suka sangat selit-selit dekat laluan tol walaupun ada laluan khas untuk dorang kan?


Macam baru-baru ni, tular satu video di Facebook menunjukkan dua penunggang motosikal yang ‘tersangkut’ di laluan tol dan tak dapat keluar gara-gara palang di tol tersebut tak ada laluan untuk dorang menyelit.

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok macam mana salah seorang penunggang motor tersebut cuba untuk keluar dari laluan itu dengan cuba menurunkan motornya untuk lepas dari palang namun gagal.

Menyusahkan diri… Sumber : Marvin MJ

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Tuesday, June 7, 2022

Kereta-kereta yang menunggu giliran di belakang kemudiannya membunyikan hon meminta agar mereka cepat keluar dari laluan tersebut sebelum penunggang tersebut meminta agar kereta yang merakam gelagatnya itu untuk jalan dan sentuh kad supaya palang dapat dibuka. Eh eh boleh pulak?

“Otak tertinggal dekat rumah ke?”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut sama meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan tindakan yang dibuat oleh penunggang-penunggang motosikal yang akhirnya menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Ada juga yang membuat tanggapan bahawa mereka lalu di laluan tol ini disebabkan nak lari dari sekatan pihak berkuasa di laluan motosikal. Hm boleh jadi…

Screenshot 2022 06 08 At 1.06.38 Pm Down 1

Sebenarnya kenapa ramai sangat penunggang motosikal suka guna laluan tol ni? Tak best ke laluan motor yang ada? Cer cite…

 

Baca: “Fix your potholes” – [VIDEO] Malaysia ‘Dihentam’ Penunggang Motosikal Luar Negara Gara-gara Jalan Berlubang

Untitled Design 2022 06 07T121142.752

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.