Terdapat beberapa jalan raya di Malaysia yang mempunyai masalah seperti berlubang dan tidak rata, perkara tersebut mungkin terjadi kerana keadaan cuaca atau masalah lain seperti perparitan atau kemalangan.
Jalan yang berlubang kadangkala boleh mengambil masa yang lama untuk dibaik pulih oleh pihak yang berkenaan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dari negara luar memberikan komen yang ‘pedas’ tentang keadaan jalan raya di Malaysia.
https://www.tiktok.com/@landobrotherhood/video/7094936138615475482?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370
Video berdurasi 45 saat itu dimuat naik oleh Lando Zawawi yang merupakan bekas pelakon dan dia juga sangat aktif dengan aktiviti sukarela membaiki jalan dengan kumpulannya, ‘Brotherhood’.
Menerusi kapsyen, Lando menulis penunggang luar negara itu membandingkan jalan di Malaysia dengan jalan di Peru, malah dia juga berseloroh ingin membawa penunggang motosikal itu untuk mengajaknya ride di Sandakan, Sabah.
“Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.
Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik (sedangkan) tidak ramai orang datang ke sini.
(Manakala) Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang (jalan raya), selamatkan rakyat anda,” kata penunggang tersebut.
Selain itu, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen, ada yang mengatakan banyak faktor yang mempengaruhi kerosakan jalan di Malaysia dan ramai juga yang berkongsi masalah keadaan jalan di tempat mereka.
Apa-apapun pentingkan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain dulu okay?
Baca: “Kat sini jadi tempat niaga”- Netizen Kongsi Beza Lorong Pejalan Kaki Di Malaysia & Luar Negara