in

“Orang Sabah Sarawak mau dia ulang alik pergi salam” – Lawak Pemuda Pasal Goodies Roti Gardenia Buat Warga Borneo Bengang

Roti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman moden ni, macam-macam bentuk goodies di berikan kepada tetamu untuk majlis kahwin, beberapa hari lepas, ada seorang pemuda muat naik gambar dia dapat sebuku roti selepas menghadiri satu majlis sanding ni.


Mungkin keunikan goodies tersebut dah sinonim dengan masyarakat kita, tapi apa yang membuatkan foto itu viral adalah kenyataan yang dia berikan dekat caption gambar itu mengundang kemarahan orang ramai turutamanya warga Borneo.

 

Pergi wedding dapat goodies roti gardenia sebuku. Kalau bawa orang sabah sarawak mau dia ulang alik pergi salam nak amik roti ni. kakakaka”

Eezl1Spu8Aacf9F

 

Bagi sesiapa yang kurang pasti dengan kenyataan ini, untuk pengetahuan sebelum ni di Sabah & Sarawak roti Gardenia ni tak ada dijual di tempat mereka. Itu sebablah mereka akan borong habis-habisan untuk dibawa ke pulang ke tempat mereka.

Memang mereka teruja nampak roti tu di pasaran semenanjung, tapi itu dulu sekarang ni dah ada di pasaran sana.

Kenyataan netizen ini seolah-olah warga borneo ‘kemaruk’ sangat dengan roti tu seolah-olah menghina mereka.

Tweet lawak berbaur hinaan itu telah mengundang kemarahan warga borneo.  Bagi mereka, individu yang membuat kenyataan ini seolah-olah tak sensitif kerana melibatkan perkauman.

 

Kitaorang orang Borneo boleh je beli dengan harga dua kali ganda lagi”

Merujuk kepada posting ini, saya terpanggil utk memberi komen.1. Org 'Borneo' xkan temahak nk salam tuan rumah just nk…

Posted by Dil Haimah on Saturday, September 14, 2019

 

Kami orang Sabah & Sarawak memang peminat roti gardenia tapi beli kat airport je. Itu pun berbayar…Tak lah mengemis minta free”

 

Eeeaifvvaaawtnr 1
Sumber : twitter

Bagaimanapun dalam ramai-ramai hampir 20,000 netizen yang retweet perkongsian ini ada juga yang terima sebagai gurauan, tapi kebanyakannya kurang senang dengan kata-kata tersebut.

Tak mustahil kalau mereka tersinggung, seperti yang dikatakan tadi, seolah-olah nak memperlekehkan dan menyifatkan bahawa mereka ni mengemis nak dapatkan barang free yang tak ada di tempat mereka.

Kita orang semenanjung pun kalau ke sana mesti borong kek lapis kan? Tak ada pula mereka kutuk. Jadi, memang logiklah kalau mereka tersinggung.

 

Baca : “Sok bijak lu anjing, pergi pindah lu ke Malaysia” – Gadis Indo ‘Back-up’ Malaysia Dikecam Penyokong Garuda

Indo

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.