in

Orang Ramai Diminta Buat Laporan Polis Jika Ada Pusat Perubatan Swasta Kenakan Caj Untuk Cucuk Vaksin

Amaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat pertubuhan di bahawa naungan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) semalam memberi amaran kepada mana-mana perkhidmatan perubatan swasta yang menjadi PPV untuk menamatkan perkhidmatan tersebut jika terbabit dengan penjualan vaksin kerajaan.


Tegas Ketua Pegawai Eksekutifnya,Dr Anas Alam Faizli, vaksin Covid-19 yang berada dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu adalah percuma. Segala kos pembelian ditanggung 100% oleh kerajaan tanpa mengira pemberiannya di fasiliti kerajaan mahupun swasta.

Disebabkan itu, beliau minta orang ramai untuk membuat laporan polis jika ada antara mereka mengenakan caj.

 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menerima sebarang tawaran pemberian vaksin berbayar dan segera membuat laporan kepada pihak polis.Proses pendaftaran PICK perlu melalui saluran yang betul iaitu sama ada menerusi aplikasi MySejahtera, laman web www.vaksincovid.gov.my atau talian 1800-888-828.”

Katanya lagi, kehadiran ke PPV adalah berdasarkan janji temu seperti yang ditetapkan di MySejahtera, kenyataan ini dibuat ekoran dengan satu kegiatan sindiket penipuan oleh beberapa individu yang mempromosikan vaksin berkenaan, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, ada 2 individu telah ditahan kerana  kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan melibatkan pakej vaksin COVID-19 untuk warga tempatan dan warga asing pada Rabu dengan harga yang berlainan.

81620108993 Astrazeneca

Menurut Utusan, pakej tersebut menawarkan vaksin dengan harga RM450 untuk warganegara manakala RM800 untuk warga asing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang menerima makluman daripada rakannya berkenaan kewujudan tawaran pakej-pakej Vaksin COVID-19.

Syarikat bawah KKM ini telah dilantik sebagai pelaksana program PICK dan perlatikan bagi Fasa 2 dan Fasa 3 ini bertujuan untuk membantu kerajaan melaksanakan program tersebut dengan lebih cekap.

 

Baca : Tiada Lagi Pemberian Vaksin AstraZeneca Secara Sukarela, Mungkin Boleh Pilih Jenis Vaksin

Kjvaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.