in

Tiada Lagi Pemberian Vaksin AstraZeneca Secara Sukarela, Mungkin Boleh Pilih Jenis Vaksin

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan bahawa vaksin AstraZeneca tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

 

Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan-bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara opt-in sebaliknya akan kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya.


61621922878 Khairyjamaluddin

Malah, Khairy juga berkata kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk membolehkan orang ramai memilih vaksin yang mereka mahukan melalui aplikasi MySejahtera.

 

Minta maaf kesulitan membuat slot janji temu – Khairy Jamaluddin

51622113830 Khairyjamaluddin

Dalam pada itu,  memohon maaf berhubung kesulitan dihadapi orang ramai ketika membuat tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi pusingan kedua yang dibuka tengah hari Rabu.

“Pengalaman pengguna atau “user experience” yang dilalui menyebabkan ramai yang kecewa akibat kegagalan sistem untuk memproses permintaan yang amat tinggi dengan cekap. Yes, it could have been much much better executed,” katanya lagi.

Untuk rekod, pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca telah dibuka Rabu lalu kepada penduduk Malaysia berusia 18 tahun untuk 5 buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menjelaskan bahawa slot telah habis ditempah dalam masa lebih kurang satu jam selepas dibuka.

 

Baca : “Saya nak bagi slot saya” – Sedih Gadis Tak Dapat Tempah Vaksin Untuk Ibu, Wanita Sanggup Tawarkan Slot Miliknya

Kfiefoi

 

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.