in

“Orang kepoh ni ada function dia” – Kantoikan Mak Puteri Balqis, Netizen Sokong Aliff Syukri Bongkar Kes Balu Abam

Collage 46

Sejak Ali Puteh ‘menghina’ kakak iparnya dalam posting Instagram yang dah dipadamnya itu, netizen seperti berbelah bahagi, tak tahu nak sokong yang mana.

Mana taknya, baru 10 hari Abam kembali ke rahmatullah meninggalkan seorang balu dan anak lelaki yang baru berusia lima bulan, tiba-tiba naik isu keluarga berebutkan harta.

Macam yang korang dah tahu, isu perebutan harta ini sebenarnya berpunca dari tindakan Aliff Syukri buat live Facebook melawat balu arwah Abam sambil bertanyakan soalan tentang harta. Memang agak tak sensitif lah kan?

Screenshot 2020 02 20 At 12.40.17 Pm

Namun, pendedahan dari Aliff ini sendiri telah membuatkan ramai orang terkejut bila dorang ketahui sendiri keadaan sebenar Hidayah selepas pemergian Abam.

Kalau korang ingat lagi, sebelum ini Aliff juga pernah membuat video menemuramah Puteri Balqis mengenai kesusahan yang dihadapi keluarganya hingga masuk ke dalam Bersamamu.

Tapi, netizen mula meragui dan mengecam motif mak Balqis bila mereka beritahu, duit derma yang diberikan akan digunakan untuk trade Forex hingga Puteri Balqis sendiri terpaksa menutup akaun Instagramnya.

Puteri Balqis Nak Trade Forex Aliff Syukri

Ekoran dari ini, netizen mula menunjukkan sokongan mereka terhadap tindakan Aliff Syukri yang berjaya membongkar isu-isu ini disebalik kekepohannya itu.

Bak kata segelintir netizen, kalau Aliff Syukri tak buat video ni, tak ada orang pun tahu cerita sebenarnya.

Screenshot 2020 02 20 At 12.15.26 Pm Screenshot 2020 02 20 At 12.15.39 Pm Screenshot 2020 02 20 At 12.16.55 Pm Screenshot 2020 02 20 At 12.17.21 Pm Screenshot 2020 02 20 At 12.17.52 Pm Screenshot 2020 02 20 At 12.18.09 Pm Screenshot 2020 02 20 At 12.18.53 Pm Screenshot 2020 02 20 At 12.19.49 Pm

Walaupun menyokong tindakan Aliff Syukri, ramai netizen tetap bersetuju yang tindakan Aliff tanya soalan-soalan sensitif ini agak melampau.

So basically netizen tak suka cara Aliff Syukri ni tapi dorang sokong jugak? Eh, tak fahamlah!

 

Baca: “Sekarang saya tiada apa-apa” – Balu Abam Dedah Keluarga Belah Suami Tarik Kereta Sampai Terpaksa Naik Grab?

Collage 45

Sumber: Facebook
Sumber: INTRADAY