in

“Nyawa dibalas nyawa” – Askar Yang Seksa, Bunuh & Biarkan Mayat Ex GF Membusuk Di Hotel Akhirnya Tangkap!

Askarbunuh

Seorang askar yang seksa, bunuh dan membiarkan mayat Vera Oktaria membusuk di hotel telah ditangkap.

Menerusi Tribun News, Prajurit Dua Deri Pramana (Prada DP) telah di tangkap di Banten, Indonesia.

Berikutan dengan tertangkapnya lelaki durjana ini, ibu kepada Vera mengharapkan bahawa Prada dijatuhkan dengan hukuman yang setimpal.

 

Nyawa dibalas nyawa

Vera Oktaria
Vera oktavia

Sehingga sekarang, Tini masih tidak dapat terima kematian anaknya kerana dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya sendiri.

Malah dia menegaskan perbuatannya itu memang tak boleh dimaafkan.

“Saya nak dia dihukum setimpal dengan perbuatannya, minimal nyawa dibalas nyawa. Tergamak dia bunuh anak saya tanpa belas kasihan”

“Memang sangat sadis  cara dia membunuh anak saya ditambah lagi dia melarikan diri, itu yang membuatkan kami bertambah geram”

Prada
Prada dp

Bagaimanapun dia membiarkan pihak berkuasa yang menguruskan hal ini.

“Insya Allah kami percayakan dengan pihak berwajib apapun hukuman yang pantas diterima Prada DP

Biarpun dia dalam keadaan marah dan sedih dengan nasib yang menimpa, Tini menzahirkan rasa syukur apabila suspek telah ditangkap.

 

“Setiap malam saya berdoa”

Ibu Vera Oktaria 2
Tini (ibu vera)

“Alhamdulillah akhirnya telah ditemukan juga pembunuh anak saya yang selama ini hilang, settiap malam saya solat dan berdoa agar suspek ditangkap, akhirnya doa saya didengari Allah”

Prada DP yang selama ini mendiamkan diri akhirnya telah diberkas di Palembang pada 11 Mei lepas, mayat Vera Oktaria ditemui sudah membusuk dalam bilik sebuah penginapan di Musi Banyuasin, Palembang.

Gadis berusia 20 tahun yang bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket itu ditemui dalam keadaan mukanya sudah menjadi hitam serta salah satu tangannya telah dipotong.

 

Baca : Askar Kerat Tangan, Seksa dan Bunuh Bekas Kekasih, Mayat Ditinggalkan Membusuk Dalam Bilik Hotel

Askar