Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti Noh Hujan dan Mizz Nina yang terkenal di negara ini. Noh yang ketika ini masih aktif di dalam industri muzik manakala isterinya sudah berhenti sepenuhnya.
Namun, korang pernah terbaca tak tentang kisah manis dan penghijrahan dia orang? Jom baca kisah ni.
“Nina ni lain”
Perkongsian ini telah dimuat naik oleh seorang lelaki di Twitter, dimana dia berkongsi kisah tentang perkenalan pasangan tersebut pada mulanya. Kemudian, ada kata-kata daripada Noh menceritakan tentang keperibadian Mizz Nina yang dianggap istimewa olehnya.
Matang dan tak mengada
Keperibadian Mizz Nina yang dianggap sebagai bertanggungjawab dan matang itu telah membuatkan Noh betul-betul kagum hingga Noh merasakan bahawa wanita itu ialah bidadari dari syurga yang dihantar oleh Tuhan untuknya.
Selain itu, sikap Mizz Nina yang tidak mengada dan betul-betul tekun untuk memperbaiki diri membuatkan Noh turut sama terikut untuk berbuat kebaikan. Baginya, wanita itu sudah berada di satu tahap yang lain.
“Tegas jaga diri”
Di akhir perkongsian, ada disebut bahawa Mizz Nina juga bukan jenis yang meminta-minta dan akan straight to the point apa dia suka dan tidak suka. Disamping itu, dia pandai untuk menjaga diri dan caranya akan membuatkan orang rasa merasa hormat terhadapnya.
a
Awhhhh so sweet..
Sumber : Twitter (Akhi Fairuz Al-Jengkawi)
Baca : Awak tak solat ke? Jomla solat; Cara Noh Ubah Mizz Nina Buat Ramai Tersentuh