in

Isu Padang SNBJ Rosak, PSM Mohon Maaf Akui Tidak Cukup Masa Untuk Baiki

Psm Padang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, malam ini akan berlangsung final Piala Malaysia yang bakal melihat dua pasukan berentap iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Terengganu FC bagi menjulang piala penuh prestij itu.


Pun begitu, ramai peminat bola sepak tempatan berasa tidak puas hati dengan kondisi padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berada dalam keadaan teruk selepas konsert artis antarabangsa Coldplay hujung November lalu.

Artikel berkaitan: “Padang sekolah lagi cantik” –  IG Hans Isaac Diserang Gara-gara Kondisi Terkini SNBJ Tidak Memuaskan

Artikel berkaitan: “Mana tahu boleh jadi atlet” –  KBS Benarkan Hari Sukan Sekolah Dianjurkan Di SNBJ Secara Percuma

Ramai netizen menyamakan kondisi padang SNBJ seperti padang sekolah malah perkara itu juga menarik perhatian Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang merupakan pemilik pasukan JDT.

Terbaru, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) ada mengeluarkan kenyataan permohonan maaf berhubung isu padang tersebut.

 “PSM memohon maaf kepada Malaysian Footbal League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua para peminat bola sepak negara.

Terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim, Terengganu FC serta semua penyokong kedua-dua pasukan atas keadaan padang SNBJ yang kurang memuaskan bagi berdepan dengan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023,” tulisnya

Dalam kenyataan itu, PSM mengakui pihak mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay.

PSM berkata mereka akan terus komited melakukan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara di SNBJ pada masa hadapan.

Sumber: PSM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.