in

“Ni mesti first time” – [Video] Guna Pistol Mainan Cuba Samun RM200k Dari Pekerja Syarikat Keselamatan, Tapi Lain Yang Jadi

Aa 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rancang nak samun tapi sendiri lari sebab panik..pulak!


Itulah kejadian yang berlaku di Pekan Batu Gajah, Perak apabila seorang lelaki didakwa cuba untuk menyamun juruteknik syarikat kawalan keselamatan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.40 petang semalam. Suspek pada awalnya menghampiri pekerja syarikat keselamatan terbabit yang baru mengeluarkan wang daripada mesin deposit tunai (CDM).

29Sept2020/PerakMakluman awal kes rompakan bersenjata berlaku l/kurang jam 3 petang tadi di ATM Ambank Batu Gajah….

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Selasa, 29 September 2020

Dengan berbekalkan satu objek hitam yang menyerupai pistol, suspek menghampiri pekerja tersebut dan mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan yang bersenjata.

Bapak berani…

A 6 1

 

Panik dan terus lari belakang bank

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri memberitahu cubaan suspek untuk menyamun gagal apabila keadaan panik…

“Suspek kemudian mengacu objek itu ke arah juruteknik sambil mengarahkannya menyerahkan wang berkenaan. Bagaimanapun juruteknik itu enggan dan berlari masuk ke dalam van.”

Kemudian, lelaki tersebut panik dan terus berlari ke arah belakang premis bank. Haa tau pun cuak.

A1 7

Menurutnya lagi , semasa kejadian juruteknik dan pengawal keselamatan bersenjatakan senapang itu membawa kira-kira RM200,000 yang baru diambil dari mesin CDM.

Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar tempat kejadian untuk mengenal pasti identiti suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan, lapor Astro Awani.

A2 5 1

 

Memang berani mati la try nak rompak bank. Balik tangan kosong je pulak tu. Bak kata Jamal Abdillah… “Siaaa siaaa!!!”

Baca: “Dtg secara haram, lepastu buat kerja haram” – Geng Samun & Pecah Rumah Diketuai Wanita Rohingya Akhirnya Tumpas!

A3 4 1

Sumber: Astro Awani
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.