in

“Ni hanya gimik” – Pernah Viral, Lelaki Ini Dedahkan Kenapa Ikan Hidup Semula Lepas Dah Bekukan Itu Perbuatan Zalim

E5Ff4Hevkae5Ihs 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu ketika dahulu pernah tak tengok viral di media sosial apabila ikan yang telah dibekukan hidup balik apabila dimasukkan ke dalam air biasa.


Sebelum ini, ramai yang tertarik melihat ‘keajaiban’ itu, dan ada juga tertanya-tanya apa muslihat yang digunakan. Namun begitu, Fitri Yusof ada buat satu perkongsian di Twitter miliknya dan ia sekaligus menjawab tanda tanya tersebut.

Andaikata ada yang belum pernah tengok, rujuk dekat video bawah ni dulu.

 

Hanya gimik

Menurut Fitri, ikan tersebut sebenarnya tidak mati pun, ikan itu hanya dibekukan hidup-hidup, kenapa masih belum mati walaupun sudah dibekukan? Fitri menjelaskan bahawa ada sesetengah spesis ikan memang jenis tahan lasak, antaranya ikan puyu dan ikan haruan.

“Ikan adalah berdarah sejuk (cold blooded). Jadi metabolism dia akan turun bila suhu sekitar dia turun. Bila anda bekukan dia sekejap dalam peti ais. Ikan tu akan freeze to death kalau anda letak dalam peti berhari-hari lamanya. Tapi jika dalam 15-30 minit, hanya bahagian luar sahaja yang diselaputi ais (yelah dia ada mukus dan air, lagi cepat jadi ais).”

Sebelum ini ada yang meletakkan garam di dalam air biasa, namun sebenarnya tak perlu letak pun boleh kerana menurut Fitri Garam ditambah ini hanya gimik sebab garam (NaCl) akan turunkan sikit suhu air sebab proses endothermic (subjek kimia sekolah).

E5Ff4Hevkae5Ihs

“Disebabkan saiz ikan tu secara relatif adalah kecil, metabolisma dia cepat naik bila dimasukkan dalam air biasa semula. Campak cili, bawang, semua tu adalah gimik sahaja. Kalau betul nak masak, siang ikan tu dulu. Buat 3 rasa.”

Disamping itu, Fitri menasihatkan kepada orang ramai agar tidak melakukan perkara ini, dia menyifatkan perbuatan ini adalah menzalimi ikan kerana ikan boleh rasa tertekan dari segi perubahan suhu, Hypoxia (tak boleh bernafas)  dan kemungkinan berlaku ice crytallization dalam daging dia.

Perkongsian ini telah merah 3.9K jumlah retweets sejak ia dimuatnaik semalam, dikatakan video sebegini kembali viral di TikTok dan itu sebablah ia membuat Fitri ingin berkongsikan perkara ini.

Diharap jangan ada yang cuba-cuba melakukan perkara ni dekat ikan peliharan korang, sebab ia boleh dikategorikan sebagai mendera haiwan juga tau.

 

Baca : “Ikan melompat masuk mulut” – Hampir Maut! Pemancing Tercekik Ikan Hidup Semasa Memancing

Bbb

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.