Semenjak terpalit dengan kontroversi, pasangan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan Hana Azraa sering saja menjadi target netizen ramai. Kalau dulu ada ura-ura mengatakan Hana Azraa sudah berpisah dengan PU Abu, kali ini lain pula ceritanya.
Menerusi perkongsian Hana sendiri di Instagram, dia telah memuat naik rakaman video sedang menjalani pemeriksaan ultrasound di sebuah pusat perubatan di Kedah. Namun video tersebut ternyata mengundang rasa tak puas hati netizen ramai.
“Bila dah mengandung ni nanti laki cari lain pula sebab tak tahan nafsu”
Rata-rata netizen telah melemparkan komen negatif buat Hana dan PU Abu dengan mengatakan bahawa anak itu bakal ‘dilahirkan’ atas penderitaan orang lain.
Malah ada juga yang kata, manalah tahu nanti PU Abu bakal cari pasangan baru setelah isterinya kini sudah hamil. Haiyoo mulut-mulut netizen!
PU Abu muat naik video sama, kena kecam lebih teruk
Pada masa yang sama, teruja bakal menjadi bapa buat kali kedua, PU Abu juga memuat naik video yang serupa seperti isterinya. Namun dia seperti Hana, menerima kecaman yang lebih teruk. Malah ada yang belum mengerti apa status kedua-dua individu ini sebenarnya.
https://www.instagram.com/p/B3GtGO-nfS-/
Menerusi video tersebut, sama ada Hana mahupun Abu tidak menyatakan usia kandungan itu. Pun begitu sebelum ini, Hana pernah memberitahu yang dia masih belum bersedia untuk kongsi mengenai kehamilannya dan meminta Abu berbuat demikian.
Apa-apapun kecaman yang mereka terima admin harap mereka bertabah dengan dugaan yang menimpa. Bagi netizen pula, kalau nak kecam tu berpada-padalah. Marah pada ibu bapanya tapi jangan terpalit pada bayi yang tak berdosa tu pulak.