in

Ngeri! Video Anjing Laut Mati Dalam Akuarium Depan Kanak-kanak Lepas Kepala Tersangkut Dalam ‘Longkang’

My Post 43 768X403 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya, haiwan yang dibesarkan di zoo atau akuarium, naluri semulajadi tak boleh berfungsi dengan baik kerana tak didedahkan dengan habitat sebenar dan hidup dengan campur tangan manusia.


Haiwan-haiwan ini dipaksa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran manusia hingga kadang-kadang ia membahayakan nyawa sendiri.

Macam anjing laut yang dibesarkan di sebuah akuarium di Liaoning, China ini. Ia mati di hadapan pengunjung selepas “si kecil” ini terbuka penutup longkang menggunakan kuku dan mulutnya sebelum kepalanya tersekat ke dalam lubang tersebut.

Seal 2
Sumber: daily mail

Menurut DailyMail, beberapa anjing laut yang lain turut cuba menolong ia keluar dari longkang tersebut dengan menolak badannya namun gagal.

Pekerja akuarium turut menyelam turun ke dalam akuarium untuk menyelamatkan anjing laut malam tersebut tapi bila kepalanya berjaya dikeluarkan, dah pun terlambat. Anjing laut tersebut dah pun mati…

Seal 4
Sumber: daily mail
Seal 1
Sumber: daily mail

Mungkin kalau dia tak dikurung hanya untuk jadi tontonan manusia, anjing laut ini mungkin masih hidup lagi sekarang. Mana taknya, haiwan-haiwan yang terkurung ni lama-kelamaan akan rasa bosan dan mula explore ke tempat yang tak sepatutnya tanpa mengetahui bahaya yang menanti mereka.

Seal 3
Sumber: daily mail

Bukan tu je, haiwan-haiwan yang terkurung ini juga boleh mengalami zoochosis, ia merupakan satu keadaan di mana haiwan akan berjalan dalam bulatan tanpa henti kerana stress kebosanan.

Bayangkan macam mana kalau kita pulak kena kurung sepanjang hidup lepastu makhluk lain datang tenung kita dari luar?

 

Baca: “Ni petanda apa ni?” – Dua Fenomena Luar Biasa Berlaku Di Terengganu, Sepasang ‘Paus Pembunuh’ & Harimau Datang ‘Melawat’

Screenshot 2020 01 03 At 2.44.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.