in

Netizen Risau Tengok Peserta Rancangan HeroDewi Remaja 2023 ‘Goreng’ Maksud Peribahasa Melayu

F1 Herodewi Remaja Peribahasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program realiti Hero Remaja dan Dewi Remaja yang ditayangkan di saluran Astro sememangnya telah melahirkan ramai bakar-bakat baru dalam industri seni tanah air.

Tahun ini, program realiti tersebut telah diberi nafas baru apabila ia digabungkan menjadi program HeroDewi Remaja yang menampilkan 16 peserta iaitu lapan orang Hero dan lapan orang Dewi, lapor Astro AWANI.


Namun, baru-baru ini kecoh apabila terdapat beberapa orang peserta program realiti tersebut yang tidak dapat menjelaskan dengan baik dan betul tentang peribahasa Melayu.

Sebelum itu, tular beberapa video di platform X (dahulunya Twitter) yang menampilkan peserta-peserta rancangan HeroDewi menjelaskan tentang peribahasa kegemaran mereka.

Artikel Berkaitan: Dikecam Sebab Cakap ‘Insecure’ Dengan Muka Melayu, Peserta Uji Bakat Dewi Remaja Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: “Ada udang di balik batu” – Hangat Isu Kopek Udang, Mydin & DBP Pun ‘Join Trend’?

Dalam video tersebut, ada peserta yang ‘menggoreng’ maksud peribahasa Melayu itu dan menurut warganet, maksud sebenar peribahasa yang dikatakan oleh peserta-peserta itu sebenarnya tidak tepat.

Salah seorang peserta lelaki telah mengatakan bahawa peribahasa “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua” adalah bermaksud kita tak boleh mengambil jalan yang singkat untuk berjaya sedangkan maksud sebenar peribahasa itu ialah bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya pasti dia tersilap juga.

Rata-rata netizen risau melihat keupayaan remaja zaman sekarang menggunakan Bahasa Melayu yang betul.

1

Namun, ada juga peserta yang berjaya menjelaskan maksud peribahasa pilihan mereka dengan betul.

Apa pula pendapat korang tentang isu ini? 

Sumber: X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.