in

“Ada udang di balik batu” – Hangat Isu Kopek Udang, Mydin & DBP Pun ‘Join Trend’?

Isu Udang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang individu bernama Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang menyatakan dia adalah keturunan ke-38 Baginda Rasulullah SAW.

Individu tersebut telah membuat lawatan ke Malaysia sebelum ini bersempena dengan Maulidur Rasul, pun begitu kehadirannya telah ditolak oleh beberapa negeri di Malaysia kerana terdapat beberapa kontroversi yang menyelubungi dirinya.


Ketika Mawla berada di Malaysia, tular sebuah video di mana terdapat seorang individu mengupas kulit udang untuknya ketika mereka sedang menjamu selera.

Mawla 2

Sehingga hari ini, topik tersebut masih menjadi bualan hangat di kalangan netizen malah ada juga akaun-akaun besar di media sosial yang menyindir situasi yang sangat viral itu.

Syarikat pemborong dan peruncit, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), menerusi hantarannya di laman Twitter secara sinis memaklumkan mereka ada menjual udang yang telah siap dikopek kulitnya.

Tweet tersebut menarik perhatian netizen dan setakat artikel ini ditulis, ia telah mencapai hampir 6K retweets.

Tidak cukup dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak melepaskan peluang untuk memuat naik sebuah tweet juga berkenaan udang.

Tweet tersebut menyatakan maksud peribahasa ‘ada udang di balik batu’ yang bermaksud ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.

Adui, inilah yang dikatakan viral! 

Baca: Video Individu Tolong Kupas Kulit Udang Pada Mawla Muhammad Dapat Perhatian Netizen

Tolong Kupas Udang Mawla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.