HeroDewi Remaja (dahulu Dewi Remaja) merupakan pencarian bakat dan personaliti Hero & Dewi untuk mengukuhkan kredibiliti seseorang itu sebagai influencer, penghibur dan ikon remaja.
Hujung minggu lalu, tular sebuah video temu ramah seorang peserta uji bakat rancangan tersebut yang memaparkan seorang gadis berkata dia kurang yakin (insecure) dengan wajahnya yang ‘Melayu’ walaupun mempunyai darah campuran serta nama keluarga (surname).
Artikel berkaitan: “Nak salahkan siapa?”- [VIDEO] Peserta Dewi Remaja Terpinga-pinga Jawab Soalan Pasal Politik?
Artikel berkaitan: “Macam pakai lipstik” – [VIDEO] Tular Bayi Baru Lahir Miliki Wajah Cantik
Dalam video itu, peserta yang dikenali sebagai Amalina Smith itu berkata walaupun dia mempunyai kacukan namun wajahnya tidak seperti Mat Salleh serta tidak juga terlalu Melayu dan dia berkata ianya menjadi satu insecurity untuknya.
“I mix mat salleh tapi I admit that muka I macam melayu sikit and has been an insecurity…” ???
Tapi heshe muka melayu melayu & kenapa heshe insecure dono what for? ? pic.twitter.com/lSKCRwFSrI
— nayanika (@amirridzuan) September 17, 2023
Pun begitu, hari ini menurut laporan Utusan Malaysia, Amalina yang lebih mesra dipanggil Nina berkata dia mengakui tersalah pilih perkataan dan isu namanya itu sesuatu yang sangat sensitif untuknya.
“Sebenarnya perkara itu menjadi kerisauan ibu saya semasa mendaftarkan nama saya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dia takut jika suatu hari nanti nama Smith itu disalah anggap.
Namun pegawai di JPN minta untuk kekalkan nama bapa saya, Smith di dalam kad pengenalan saya kerana itu adalah asal usul keluarga saya.
Saya tidak pernah cakap ‘kelihatan Melayu’ ialah perkara yang buruk. Saya bersyukur dengan wajah saya, banyak rezeki saya dapat. Tapi bila ada yang mempersoalkan, ia jadi sensitif seolah-olah ingin mengatakan ‘Smith’ bukanlah ayah saya,” katanya.
Dia juga menegaskan dia tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu dan memohon maaf jika ada yang menyangka dia malu kerana dilahirkan berwajah Melayu.
“Saya tidak bermaksud begitu. Saya bangga dengan wajah saya, kalau pergi ke Amerika Syarikat, mereka sendiri akan cakap wajah seperti ini sangat cantik.
Cuma mungkin saya tersilap memilih perkataan membuatkan ramai yang salah faham. Saya minta maaf jika jawapan saya menyinggung beberapa pihak, bukan itu niat saya,” tambahnya.
Nina berkongsi dia menanam impian untuk menjadi peserta rancangan tersebut sejak dahulu lagi tetapi masih belum ada rezeki, namun dia masih bergiat aktif dalam bidang lakonan tempatan.
Sumber: Utusan Malaysia