in

Netizen Pertikai Cadangan Syed Saddiq Nak Ambil Bekas Banduan Bekerja Di Pejabat KBS

Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq umumkan tiga bekas banduan akan diambil bekerja di pejabatnya sebagai usaha memberikan peluang kedua selepas mereka dibebaskan.


Katanya, tindakan tu contoh untuk syarikat swasta dan badan bukan kerajaan berikan peluang kepada bekas banduan mulakan kehidupan baru.

 

Kerjasama antara KBS dan Jabatan Penjara

Laporan Bernama menyebut, kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Penjara tu adalah langkah pertama untuk ubah pandangan masyarakat terhadap bekas banduan.

“Saya akan berbincang secara mendalam dengan pihak Jabatan Penjara dan kementerian berkaitan agar bekas banduan belia dapat ditempatkan di pejabat saya dan saya sendiri akan pantau mereka.”

Syed Saddiq Penjara
sumber: instagram

Ketiga-tiga bekas banduan itu akan dilatih dan ditempatkan di KBS sebaik saja keluar daripada penjara.

 

“Saya sendiri akan bayar mereka guna wang saya”

Sementara tu, portal BH Online pula menyebut Syed Saddiq akan membayar gaji mereka jika tiada peruntukan daripada kerajaan.

“Saya akan mendidik dan mengajar mereka mengenai tugasan yang akan dilakukan dan mereka mungkin dapat membantu saya dalam kerja-kerja saya.

“Sekiranya kerajaan tiada peruntukan untuk membayar gaji mereka, saya sendiri akan membayar mereka menggunakan wang saya,” katanya.

Syed Saddiq Penjara 2
sumber: instagram

Wow! Ini barulah menteri berjiwa rakyat, tak kisah berkorban asalkan rakyat tak terbeban.

 

Ramai graduan yang masih menganggur

Masalahnya, netizen pertikai kenapa Syed Saddiq nak ambil bekas banduan sedangkan ramai lagi graduan tempatan dan luar negara yang masih menganggur.

Selain daripada graduan yang tak bekerja, mereka kata YB selesaikanlah dulu masalah pekerja-pekerja kontrak di KBS yang masih belum diketahui status sama ada dibuang kerja atau tidak.

Komen Syed Saddiq 2

Komen Syed Saddiq 5
sumber: facebook

 

Serap jadi tentera, RELA atau bomba

Tapi tak semua orang bangkang cadangan YB Syed Saddiq ni. Setiap orang deserve peluang kedua.

Daripada serap masuk ke kementerian, ada juga yang cadangkan supaya mereka ni diserap masuk menjadi anggota tentera, RELA atau bomba.

Kebetulan kita pun kekurangan tenaga kerja dalam kalangan anggota badan beruniform.

Komen Syed Saddiq 3

Komen Syed Saddiq 4
sumber: facebook
Sebaik-baiknya, setiap pihak kena tengok dari sudut pandang positif dan negatif.

Kalau nak difikir-fikirkan, sebenarnya tak salah pun nak ambil mereka bekerja sekiranya mereka ada kemahiran yang diperlukan walaupun merupakan seorang bekas banduan.

Tapi mungkin satu polisi, kertas kerja atau cadangan yang lebih kemas dapat diperincikan oleh pihak YB dan kementerian untuk perjelaskan isu ini kepada masyarakat.

Baca: Wow! Banduan Wanita Diberi Peluang Bersolek dan Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Ratu Cantik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.