in

“Saya tak kenal Neelofa” – Pekerja Karpet Mengaku Tak Kenal Neelofa Walaupun Dah Belanja RM10,000 Di Kedai Mereka

Tak Kenal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini sekali lagi kontroversi yang melibatkan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang dikatakan telah merentas negeri demi untuk membeli karpet di Nilai 3, Seremban, Negeri Sembilan.


Menurut Utusan, Neelofa telah membelanjakan sebanyak RM10,000 ketika mengunjungi premis ‘Naeem Carpet’ yang mempunyai lebih kurang lima buah cawangan di Nilai 3. Tudiaaa shopping raya sakan Lofa! 

E0Yav4Fviaevhaq

Perkara ini telah dijelaskan oleh seorang pekerja bernama Hussein yang mengakui pasangan tersebut telah datang ke kedainya pada hari Ahad lepas.

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.

“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya.

 

“Tak sangka dia selebriti terkenal” 

Walau bagaimanapun, Hussein memberitahu yang dia sebenarnya tidak mengenali siapa Neelofa sehinggalah gambar yang dimuat naiknya di media sosial tular dan menjadi perbualan ramai, lapor Harian Metro.

Saya tak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial, perkara sama saya lakukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal,” kata pekerja tersebut.

Bvlur

Tambahnya lagi, dia hanya melayan Neelofa sama seperti pelanggan biasa dan merakam gambar selepas mereka membeli permaidani di situ.

“Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini tular di media sosial.

“Saya layan mereka macam pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini,” katanya lagi.

E0Zxqmauyau0P5K

Susulan isu berkenaan, pihak polis katanya telah datang ke kedainya semalam untuk mengambil keterangan. Polis juga bertanyakan barang yang dibeli selebriti terbabit dan jumlahnya serta mengenai premis tersebut.

“Tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan.

“Pihak polis ingin mendapatkan pengesahan bahawa Neelofa ada berkunjung ke premis kami untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Baca: “Hukum penjara. Minah tu tak serik” – Ulang Kesalahan Sama, Peguam Gesa Neelofa & Suami Dihukum Penjara

Ft Lopakpenjara

Sumber: Twitter
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.