Tahukah anda, haiwan yang paling setia adalah penguin? Ini kerana kemampuannya untuk hidup bersama, setia dan saling percaya pada pasangan.
Baru-baru ini, satu kejadian berjaya dirakam seorang lelaki apabila seekor penguin hampir terpisah dari keluarganya akibat bongkah ais pecah.
Kejadian itu menunjukkan penguin yang terpisah itu cuba bersama dengan keluarganya namun rekahan pada permukaan bongkah ais mula pecah dan menyukarkannya untuk kembali bersama dengan keluarga.
Penguin itu mencari jalan dan menuju ke arah rekahan ais sebelum sempat melompat menyelamatkan diri.
Artikel berkaitan:Teringin Nak Bekerja Dikelilingi Penguin Comel? Kalau Boleh Tahan Sejuk, Kerja Ini Sesuai Untuk Korang!
Artikel berkaitan: “Comel dan halal” – Dr Zulkifli Jelaskan Daging Penguin Halal Dimakan, Netizen Ramai Tak Sampai Hati Sebab…
Bagaimanapun, dengan kuasa Tuhan, penguin itu berjaya bersama dengan keluarganya yang ternyata berkumpul kearahnya selepas kejadian.
Video berkenaan mendapat puluhan ribu tontonan dan komen dari netizen.
“Nasib baik lepas lompat laju pulak lari tu.
“Member dah cuak lepas ke tak nak lompat.
“Dah macam movie MISSION IMPOSIBLE,” antara komen.
Nasib baik lepas melompat tapi macam mana dia boleh jauh terpisah?