in

“Nasib ada saksi” – Lelaki Raba Pinggang Wanita Dekat Mid Valley, Bila ‘Confess’ Pura-pura Tak Tahu

Ft Wanita Diraba Mid Valley

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada kaum wanita di luar sana, diharap agar lebih berhati-hati jika berada di tempat awam, banyak sangat kita dapat lihat kes wanita terkena gangguan seksual oleh individu ‘pelik’ ini.

Terbaru, seorang wanita kongsikan pengalaman sebegini ketika berada di Mid Valley sebentar tadi dan ia membuatkan dirinya sampai sekarang terkejut dan trauma.


 

Pura-pura tak tahu lepas dah kantoi

Menerusi TikTok, wanita ini menyatakan kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi Jumaat (29/7/2022) tadi.

Katanya lelaki itu meraba pinggangnya dan apabila ditanya, lelaki itu pura-pura tak tahu apa-apa. Bagaimanapun mujurlah ada pengunjung lain menyaksikannya dan bela wanita ini.

“Dia nampak semua apa yang lelaki ni dah buat. Ini sangat teruk dan saya doakan perkara ini tak terjadi kepada orang lain. “

Screenshot 2022 07 29 164901

Wanita ini memesan kepada orang ramai yang ternampak perkara ini terjadi di depan mata kelak untuk maju ke hadapan bagi bela nasib mangsa.

“Jadi, orang kat luar sana, kalau ternampak hal ini, tolong lantang daripada tengok je.”

Berbalik kepada kes tadi, si pelaku hanya pura-pura tak tahu apa kerana menurut mangsa ini, pelaku berani sebab mangsa ini wanita.

“Dia kata dia tak sentuh saya, dia cuma pegang dress saya je. Memandangkan dia tahu alasan dia tu tak boleh pakai, dia putar belit kata ada orang terlanggar dia sampai dia terpegang baju orang. Saya macam, apa ni? Dia tak minta maaf langsung sebab dia fikir benda ni tak ada apa-apa pun.”

Screenshot 2022 07 29 164941

“Si pelaku kemudiannya terus memberikan alasan yang tak masuk akal seperti tunggu bank buka, kononnya nak keluarkan duit, dia buka beg duit hanya ada RM 2 dan nak bersiap untuk solat Jumaat.”

Wanita ini menegaskan kepadanya bahawa dia tak boleh sentuh orang sesuka hati terutamanya wanita. Pada mulanya, wanita ini ingatkan bahawa pelaku ini adalah pembersih pusat beli belah tersebut tetapi kakitangan di sana juga tak kenal dan kata si pelaku ni nampak pelik.

Screenshot 2022 07 29 164955

“Dia berdiri kat situ sejak dari awal pagi, ketuk pintu tak sudah. Pekerja cleaner tu siap tanya lelaki ni buat apa tapi dia tak jawab, dia akhirnya minta maaf.”

Boleh tonton video penuh disini.

Wanita ini turut berpesan bahawa perbuatan lelaki ini salah dan minta dia bayangkan jika perkara ini terjadi kepada isteri dan anak-anaknya.

Wanita ini turut menjelaskan bahawa laporan polis boleh telah pun dibuat dan pada tempoh video itu dikongsikan, keadaannya dah jadi semakin baik.

Baca : “Ustaz raba, takut nak mengadu” – Makin Ramai Cerita Pengalaman Kena Gangguan Seksual Di Sekolah

Collage 61

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.