in

“Ustaz raba, takut nak mengadu” – Makin Ramai Cerita Pengalaman Kena Gangguan Seksual Di Sekolah

Collage 61

Selepas kecoh tentang dakwaan beberapa sekolah memeriksa alat sulit pelajar perempuan bagi membuktikan mereka sedang datang bulan, tular pula video seorang pelajar tingkatan 5 mendakwa gurunya bergurau mengenai jenayah rogol di dalam kelas.

Ekoran ini, makin ramai wanita yang tampil kehadapan untuk kongsikan pengalaman buruk yang dorang alami ketika di sekolah, lapor FMT.

Seorang remaja berusia 16 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, beberapa minggu lalu guru pendidikan jasmaninya juga seorang wanita telah mengatakan perempuan tak berhijab layak dirogol.

C90748Fa B216 11Ea 953D A7Ecc5Cbd229 Image Hires 191324

Tak cukup dengan itu, guru tersebut juga didakwa mengatakan perempuan tak berhijab juga tak boleh salahkan lelaki jika gambar wajah mereka ditampal pada tubuh orang lain yang tak berpakaian.

Saya juga ada dengar guru-guru membuat komen perkauman dan lucah tanpa menanggung akibat kerana pelajar takut digantung sekolah sekiranya bersuara.

“Sama ada itu (digantung sekolah) atau orang akan memburuk-burukkan kami dan reputasi kami akan hancur.”

Sarah berusia 21 tahun pula mendakwa yang seorang guru agama lelaki di sekolah rendahnya pernah beberapa kali memeluknya dari belakang dan geselkan bahagian sulit pada belakang badannya.

Dia pernah ganggu saya dan beberapa murid lain. Ini berlaku ketika saya di Tahun Tiga hingga Tahun Lima.”

Kata Sarah, walaupun dia sedar dia telah diganggu secara seksual, dia takut untuk mengadu atau beritahu ibu bapanya.

Selepas kegiatan keji ustaz tersebut diketahui oleh guru besar sekolah, guru tersebut telah dipindahkan ke sekolah lain.

Manakala bagi Anna, ketika dia berusia 11 tahun, dada dan alat sulitnya pernah diraba sewaktu menyambut Hari Kantin disekolahnya.

Saya masuk ke dalam ‘Rumah Hantu’ bersama rakan tetapi saya yang terakhir dalam barisan. Keadaan sangat gelap dan saya tak nampak apa-apa, tetapi saya dapat merasakan seseorang meraba alat sulit dan dada saya.”

Namun bila dia membuat aduan kepada guru bertugas, cikgu tersebut hanya menepis dakwaannya dengan mengatakan perbuatan tersebut hanyalah sebagai prank sahaja.

Saya tak tahu siapa ‘hantu’ dalam Rumah Hantu itu, tapi saya tahu mereka semua lelaki.

“Ini hanya salah satu contoh gangguan seksual yang saya alami di sekolah.

“Saya rasa benci melihat gangguan masih berlaku dan masalah ini mesti diambil serius. Kita perlu menghentikannya.”

Rina Harun Dato Keramat Fmt 02042021 1

Sementara itu menurut FMT, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun mengatakan tindakan guru yang didakwa membuat lawak tentang rogol di dalam kelas tak boleh dipandang ringan dan mengatakan tindakan tegas perlu diambil jika betul bersalah.

Kerajaan tak akan berkompromi dengan kesalahan melibatkan gangguan seksual dan pelanggaran hak dan kebajikan kanak-kanak. Tindakan tegas perlu diambil kepada apa-apa kesalahan yang melibatkan kanak-kanak.

 

Baca: “Mungkin gurauan rakan sedarjah” – Kenyataan Timbalan IGP Isu Ugutan Rogol Pelajar Dikecam Netizen

Screenshot 2021 04 30 At 12.15.23 Pm

Sumber: SCMP
Sumber: FMT